|
KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima nelayan yang hilang selepas bot dinaiki karam di perairan Pulau Redang, di sini, ditemukan lemas hari ini.
Mayat ketiga-tiga mangsa ditemukan tersangkut pada boya unjam pada jarak kira-kira 15 kilometer daripada bot dinaiki terbalik, kira-kira jam 3 petang ini.
Identiti mayat tiga mangsa yang ditemui belum dikenal pasti.
Terdahulu, media melaporkan lima lelaki termasuk tekong hilang, manakala seorang lagi terselamat selepas bot dinaiki mereka karam pada jarak 10 batu nautika dari Pulau Redang, Isnin lalu.
Bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran TFA 124 dikatakan keluar dari Jeti Pasir Puteh, Kelantan.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, berkata pihaknya yang menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan jam 2 petang semalam mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan bot berkenaan
https://www.bharian.com.my/berit ... ilang-ditemui-lemas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|