CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Pulau Pinang] Selepas 4 tahun tercicir, 2 beradik tidak sabar kembali ke sekolah

[Copy link]
Post time 11-8-2022 01:22 PM | Show all posts |Read mode

Yumn Nakyesiha dan Dahnea Dabryshaa gembira dapat kembali semula ke sekolah ketika ditemui di kediamannya di Bagan Jermal. FOTO DANIAL SAAD



Butterworth: "Saya dan adik tak sabar mahu kembali ke sekolah kerana pelajaran penting untuk kami," kata Yumn Nakyeishaa Amir Hamzah,16.

Yumn Nakyeishaa dan adiknya, Dahnea Dabryshaa, 14 yang sebelum ini tercicir dalam pelajaran kerana kesempitan hidup sehingga terpaksa berhenti sekolah sejak empat tahun lalu kini menarik nafas lega apabila mereka boleh bersekolah semula.



Dua beradik berkenaan menerima surat tawaran untuk kembali ke bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Kastam, di sini.

Menurut Yumn Nakyeishaa, dia terharu dan bersyukur apabila dapat bersekolah semula, tambahan pula bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan.

"Saya dan adik terpaksa berhenti sekolah dahulu sebab ibu dan arwah ayah tidak mampu kerana kesempitan hidup yang dialami kami sekeluarga.

"Ibu tidak bekerja kerana menghidap kencing manis sehingga kaki kanannya dipotong, manakala arwah ayah pula dulu hanya mendapat gaji jika mempunyai kerja memandangkan dia hanya bekerja sebagai ejen hartanah.

"Kehidupan kami menjadi lebih perit selepas ayah meninggal dunia setahun lalu akibat Covid-19 hingga untuk membeli makanan juga tidak mampu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pangsapuri Melur, di sini, hari ini.

Terdahulu, dua beradik berkenaan mendapat kunjungan daripada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Soon Lip Chee serta Ketua Penolong Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), Datuk Zulkafli Kamaruddin yang menyerahkan surat tawaran kemasukan semula ke sekolah.

Dalam pada itu, kedua-dua beradik itu turut mendapat bantuan pakaian persekolahan dan wang tunai bagi menampung perbelanjaan ke sekolah.

Yumn Nakyeishaa berkata, dia yang bercita-cita menjadi ahli perniagaan dalam bidang hartanah mahu belajar bersungguh-sungguh untuk membantu ibunya, sekali gus membawa keluarganya keluar dari kancah kemiskinan.

"Saya tahu pelajaran itu penting kerana ia dapat membantu keluarga saya namun apakan daya masalah kewangan menghimpit kami.

"Pada masa sama, ibu saya cuba mencari bantuan tetapi tidak tahu bagaimana caranya sehinggalah kami dipertemukan dengan pihak yang sudi membantu kami," katanya.

Bagi Dahnea Dabryshaa, dia gembira ke sekolah untuk menimba ilmu serta berjumpa rakan-rakan baharu selepas terlalu lama meninggalkan alam persekolahan.

"Sebelum ini saya terpaksa beritahu rakan-rakan saya belajar di rumah kerana tidak mahu diejek atas ketidakmampuan keluarga menghantar saya ke sekolah.

"Saya belajar sendiri tetapi ia memang sukar kerana setiap kali buat latihan saya tidak pasti sama ada betul atau tidak kerana tidak ada orang yang hendak memeriksanya, bahkan ibu juga tidak tahu memandangkan silibus pelajaran yang jauh berbeza," katanya.

Sementara itu, Lip Chee berkata, beliau mengetahui permasalahan yang dihadapi keluarga berkenaan bulan lalu dan menghulurkan sumbangan yang sepatutnya, selain menghubungi JPNPP untuk prosedur membantu kemasukan dua beradik itu ke sekolah.

"Kita tidak mahu dua beradik ini tercicir dalam pelajaran dan atas sebab itu kita berusaha membantu sehingga dua beradik ini memperoleh surat tawaran yang mereka perlu mendaftar masuk sebelum 22 Ogos ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kembali-ke-sekolah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.563465 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list