CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 501|Reply: 0

[Kelantan] Warga emas ulang-alik 70km baiki kasut pelanggan

[Copy link]
Post time 21-8-2022 12:44 PM | Show all posts |Read mode

Abd Aziz menjahit kasut pelanggannya di kaki lima Bandar Kuala Krai.- Foto NSTP/Hazira Ahmad Zaidi

KUALA KRAI: Seorang warga emas sanggup berulang-alik sejauh 70 kilometer dengan memandu kereta dari rumahnya di Kampung Kepas, Machang ke Bandar Kuala Krai setiap hari, sejak 42 tahun lalu demi mencari rezeki sebagai tukang kasut.

Abd Aziz Abdullah, 63, berkata, walaupun kudratnya tidak selincah dahulu, dia rela hati terus bekerja mengambil upah membaiki kasut kerana tidak mahu menyusahkan anak yang sudah berkeluarga, selain minat dan tidak betah duduk bersahaja tanpa melakukan sebarang kerja.

Katanya, bau busuk dan hapak kasut menjadi teman sehariannya, namun tidak kisah kerana hanya itu kerja mampu dilakukannya sejak dari dulu untuk membesarkan anak yang kini masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.

"Saban hari saya membaiki pelbagai jenis kasut dan selipar di kaki lima Bandar Kuala Krai, bermula jam 9 pagi hingga 3.30 petang dan terpaksa duduk di bangku kecil selama lima jam untuk menjahit atau menampal kasut yang dihantar pelanggan.


"Dalam sebulan, saya mampu membaiki sehingga 100 pasang kasut dan selipar pelanggan dengan bayaran serendah RM1 hingga RM60 sepasang bergantung kerosakan.

"Dalam sehari, saya mampu memperoleh upah di antara RM20 hingga RM70 dengan membaiki kasut yang dihantar oleh pelanggan, walaupun tidak banyak rezeki tetap ada.

"Sebagai tukang kasut, saya akan berasa puas hati apabila kasut siap dibaiki dengan sempurna dan dikembalikan semula kepada pelanggan dalam keadaan cantik dan elok," katanya ketika ditemui di Bandar Kuala Krai, di sini, semalam.

Bapa kepada lapan anak dan datuk sembilan cucu ini berkata, dia mempelajari teknik pertukangan kasut termasuk jahitan dan tampalan ketika bekerja di kedai pertukangan kasut di Machang pada tahun 1980-an.

"Menjadi tukang kasut bukan semudah disangka kerana ia perlu ketekunan untuk menghasilkan kerja pembaikan bermutu kerana kerja ini dilakukan memerlukan ketelitian selain memuaskan hati pelanggan.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana sejak mencari rezeki sebagai tukang kasut sekitar tahun 1980-an sehingga kini, khidmat saya masih diperlukan termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga pernah menghantar kasut kepada saya untuk dibaiki," katanya.

Katanya, dia sesekali tidak pernah menganggap pekerjaannya itu memalukan malah langsung tidak mempedulikan pendangan masyarakat yang menganggapnya bagaikan pengemis jalanan.

"Seronok dapat memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dan sambil membaiki kasut banyak perkara berkaitan masyarakat yang boleh saya tahu.

"Pendek kata berada di kaki lima pun banyak pengetahuan daripada pelanggan yang rata-ratanya suka bercerita hal semasa dan saya pula memang suka melayan pelanggan bercerita kerana dengan sikap ramah, pelanggan jadi mesra mendekati kita dan secara tidak langsung mereka akan datang lagi bila perlu.

"Saya berharap agar suatu hari nanti dapat memiliki premis membaiki kasut bagi memudahkan saya untuk menyimpan barang pertukangan kasut selain keselesaan terutamanya ketika hujan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... iki-kasut-pelanggan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:18 PM GMT+8 , Processed in 1.035413 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list