
KENANGAN: Aderina (kanan) dan Everyeline semasa mengukuti Mount Kinabalu Sky Bike.
RANAU: Kehadiran pelancong ke daerah ini semakin meningkat khususnya destinasi seperti Gunung Kinabalu serta disekitarnya.
Menurut Aderina Fedelis, 24 dan Eveyeline Sigah, 24, mereka tertarik dengan destinasi pelancongan di Sabah khususnya Ranau.
"Kunjungan ke daerah ini dengan mengikuti aktiviti paragliding dan juga Mount Kinabalu Sky Bike adalah sangat mengembirakan," kata mereka ketika ditemui baru-baru ini.
Mereka juga menjelaskan mendaki Bukit Sosodikon, persinggahan di Taman Air Panas Poring, Dairy Farm Mosilou, Sabah Teh Nalapak, Pusat Tagal Luanti dan Bombon Marakau Ranau antara aktiviti sangat menarik.
"Selain Ranau dan Kundasang, kami juga ke Jambatan Tamparuli dan ke Rumah Tebalik Tamparuli," tambah Everyeline.
https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/23/kehadiran-pelancong-ke-ranau-meningkat |