CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 951|Reply: 1

[Sarawak] Angkasawan Sarawak terkandas

[Copy link]
Post time 24-8-2022 09:17 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Belon Angkasa yang akan ditayangkan di TVS saluran 122 Astro menjadi produksi pertama yang menggunakan fasiliti studio baharu Finas Cawangan Sarawak untuk aktiviti perfileman.

Produksi baharu itu juga merupakan sitkom pertama Malaysia yang menggunakan stesen angkasa sebagai latar belakang ceritanya.

Menurut kenyataan TVS, inspirasi di sebalik sitkom tersebut wujud setelah mendengar pengumuman Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkaitan kepentingan ilmu falak.

Menurutnya, Abang Johari menyarankan agar Sarawak menguasai dan mempunyai pengetahuan serta kepakaran dalam ilmu astronomi kerana ia berkait rapat dengan teknologi maklumat dan komunikasi.

Ia dipercayai dapat memberi manfaat terhadap ekonomi yang lebih baik kepada Sarawak pada masa akan datang.

Baru-baru ini, Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor Sheikh Mustapha memberitahu, Sarawak mempunyai potensi untuk melahirkan generasi angkasawan baharu.

“Kita yakin pelajar Sarawak mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik dan kebolehan untuk berfikiran secara inovatif,” katanya.

Belon Angkasa yang diterbit Asa Esa Films dan diketuai oleh Alwyn Tay serta Rashid Salleh yang masing-masing berkhidmat sebagai penerbit eksekutif serta pengarah diinspirasikan daripada galakan dua tokoh disegani ramai itu.

Sitkom tersebut mengisahkan sekumpulan angkasawan Sarawak yang terkandas di sebuah stesen angkasa yang terbengkalai sejak berpuluh-puluh tahun.
Mereka perlu mencari jalan untuk pulang semula ke bumi, bagaimanapun ia tidak semudah disangka.

Siri ini dibintangi oleh duo komedi tempatan iaitu Ken Micheal; Stonton James (Bunyau dan Mujap); model dan pelakon Bidayuh Samarinna Tolhip; Rashid Salleh, serta bakat-bakat baharu yang berasal dari Sarawak. Belon Angkasa bakal diedarkan Sarawak Media Group (SMG) melalui siaran di TVS (saluran 122 Astro) dan myFreeview.


https://sarawakvoice.com/2022/08/24/angkasawan-sarawak-terkandas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 05:08 PM | Show all posts
menarik ni
tak pernah lagi tengok sitkom sarawakian
bakal tu tak tau pulak bila adanya tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 1.074564 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list