CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 625|Reply: 0

[Sarawak] Kerap periksa kesihatan

[Copy link]
Post time 24-8-2022 09:18 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Rakyat Sarawak khususnya di bahagian Kuching digesa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun bagi mengelakkan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, disebabkan itu penting untuk individu menjalankan saringan kesihatan.
“Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa pada masa ini dianggarkan satu daripada lima orang dewasa menghidap kencing manis.

“Untuk darah tinggi, tiga daripada 10 orang dewasa di Malaysia menghidap darah tinggi manakala empat daripada 10 orang dewasa ada tahap kolesterol tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian pada majlis penangguhan program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Kuching 2022 di Mydin Bandar Baru Samariang, dekat sini, kelmarin.

Tambahnya, punca perkara tersebut berlaku adalah disebabkan budaya atau amalan pola pemakanan yang tidak sihat.

“Kencing manis sering dikaitkan dengan pengambilan (berlebihan) makanan mengandungi gula tinggi, darah tinggi pula dikaitkan dengan garam dan tahap kolesterol disebabkan makanan berminyak dan goreng.

“Ini budaya yang kita hadapi seriap hari. Disebabkan itu pentingnya pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali,” ujarnya sambil berharap semua orang boleh menjaga kesihatan diri dan keluarga bagi melahirkan masyarakat sihat fizikal dan mental.

Sementara itu, Dr. Sim dalam teks ucapannya yang dibaca Dr. Abdul Rahman berkata, selaku Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan beliau menyokong program ANMS yang diperkenalkan oleh KKM.

“Justeru, saya menggesa semua jabatan dan agensi kerajaan sama ada persekutuan dan negeri, agensi swasta, NGO dan seluruh penduduk bahagian Kuching agar sama-sama menyokong agenda ini.

“ANMS bertujuan menjadikan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti melakukan aktiviti kecergasan fizikal, makan secara sihat, bijak tangani tekanan, tidak merokok dan menjaga kebersihan persekitaran.

“Kita bukan hanya mahu sihat dari segi fizikal tetapi juga sihat dan sejahtera dari segi mental,” katanya


https://sarawakvoice.com/2022/08/24/kerap-periksa-kesihatan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.067650 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list