CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 858|Reply: 1

[Sabah] ‘Separuh Badan Mangsa Sudah Dibaham Buaya’

[Copy link]
Post time 24-8-2022 09:26 PM | Show all posts |Read mode


Mayat lelaki yang dibaham buaya ditemukan di Sungai Pegagau, Semporna.
SEMPORNA : Lelaki yang hilang sejak Ahad lalu ditemukan meninggal dunia tidak jauh dari lokasi dia dibaham buaya di Sungai Pegagau di sini pada Selasa.

Mayat Azman Tugau, 35, ditemukan kira-kira jam 5 petang dalam keadaan terapung dan separuh anggota badannya didapati telah tiada.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna, Faisal Ahmad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang memasuki hari ketiga dimulakan pada jam 7.45 pagi.

Katanya, pencarian dilakukan di permukaan sungai menggunakan bot penyelamat dengan menyusuri muara Sungai Pegagau iaitu lokasi mangsa dibaham buaya.

“Pihak bomba kemudian menerima makluman daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bahawa mangsa telah berjaya ditemukan oleh orang awam kira-kira 800 meter dari lokasi dia diserang haiwan berkenaan.

“Menurut penduduk kampung, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dengan bahagian sebelah tangan dan bahagian pinggang serta kaki telah tiada,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya lagi, dengan penemuan mayat mangsa itu operasi SAR ditamatkan pada jam 5.57 petang.

Pada Isnin Sinar Harian melaporkan mangsa hilang selepas dibaham buaya ketika keluar memancing dengan sepupunya di sungai berkenaan.

Kejadian itu disaksikan oleh sepupunya sendiri yang turut nyaris menjadi mangsa haiwan berkenaan. – SINAR


https://sarawakvoice.com/2022/08/24/pelajar-di-sibu-putih-mata-hilang-lebih-rm15000/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 05:05 PM | Show all posts
macam mana agaknya nak elak jadi mangsa buaya
kene bawa umpan ayam pasang keliling sampan ke
bila ayam kene makan dan bole lari laju2 la kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.064195 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list