CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 854|Reply: 0

[Sarawak] Penduduk mahu jalan rosak teruk segera dibaiki

[Copy link]
Post time 24-8-2022 09:32 PM | Show all posts |Read mode


Jalan menuju ke Kampung Gadong yang rosak tanpa penyelenggaraan.

“Minggu lepas saya dan suami terpaksa menghantar kereta ke bengkel untuk dibaiki dan mengeluarkan perbelanjaan lebih RM1,000 untuk kerosakan tersebut akibat melanggar jalan yang berlubang.”
Siti Sarina

Penduduk
Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Penduduk lima kampung dan sekitarnya di sini, kesal dengan kelewatan membaik pulih jalan sepanjang lima kilometer menuju Kampung Gadong hingga hujung jalan yang rosak teruk yang menjadi laluan utama penduduk.

Antara penduduk kampung yang menggunakan jalan terbabit termasuk Sengkarai, Lupak Rangas, Gadong, Pangi, Pandam serta kampung sekitarnya.

Menurut mereka jalan yang satu-satunya menjadi laluan utama penduduk di sekitar kawasan itu amat penting dan menjadi penghubung penduduk sama ada ingin turun ke bandar mahupun ke kawasan sekitarnya.

Bagaimanapun, keadaan jalan yang rosak dan tidak diselenggara sebaiknya menyebabkan penduduk seolah-olah hilang sabar apabila terpaksa berhadapan dengan masalah kereta dan enjin rosak.

Selain itu kata mereka, laluan menjadi licin apabila hari hujan yang boleh menyebabkan kemalangan terutama penunggang motosikal.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Siti Sarina, 40,  memberitahu bahawa dia dan suaminya membelanjakan lebih RM1,000 untuk kos membaiki kerosakan kereta mereka akibat jalan rosak berkenaan.

“Minggu lepas saya dan suami terpaksa menghantar kereta ke bengkel untuk dibaiki dan mengeluarkan perbelanjaan lebih RM1,000 untuk kerosakan tersebut akibat melanggar jalan yang berlubang,” katanya kepada media hari ini.

Beliau kesal kerana kerosakan jalan berkenaan sudah lama dan dibiarkan tanpa sebarang penyelenggaraan.

Malah katanya, sebanyak lima kali kemalangan membabitkan penunggang motosikal berlaku di jalan berkenaan baru-baru ini susulan kerosakan jalan yang agak teruk.

“Lebih malang lagi anak bongsu saya turut mengalami kemalangan ketika menunggang motosikal akibat jalan yang licin, berlubang dan rosak,” katanya.

Akibat kemalangan itu anak bongsunya turut mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan.

“Sampai bila penduduk hendak menanggung kepayahan akibat jalan yang rosak dan sudah lama tidak diselenggara (dua bulan),” katanya.

Seorang wakil penduduk Abdul Sani, 52, menjelaskan bahawa keadaan jalan yang rosak teruk dan berlubang ini boleh mengancam nyawa penduduk, lebih-lebih lagi pada waktu malam dengan keadaan gelap.

“Kami buntu memikirkan masalah ini kerana jalan terbabit adalah laluan utama menghubungkan beberapa kampung di sini.

"Ia juga laluan untuk anak-anak ke sekolah. Kami tidak mahu hanya apabila ada kejadian meragut nyawa, baru semua pihak mula ambil peduli,” katanya.

Beliau juga tidak mahu keadaan ini berterusan sehingga berlaku kemalangan membabitkan nyawa.

“Lebih baik tindakan awal diambil supaya semua tidak terdedah kepada ancaman membahayakan akibat jalan rosak,” katanya.

Jelasnya keadaan lebih membahayakan apabila cuaca hujan kerana air bertakung menyebabkan pengguna jalan tidak nampak lubang sekali gus memandu dengan laju sehingga merosakkan kereta mereka.

“Kami penduduk mengharapkan jalan tersebut dibaik pulih dengan segera untuk keselesaan dan keselamatan penduduk dan pengguna lain,” ujarnya.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/24/penduduk-mahu-jalan-rosak-teruk-segera-dibaiki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.166914 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list