CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 647|Reply: 0

[Sabah] Pesara rugi RM352,050 diperdaya Macau Scam menyamar pegawai bank

[Copy link]
Post time 24-8-2022 09:34 PM | Show all posts |Read mode


KAMARUDDIN

PAPAR: Seorang wanita warga emas mengalami kerugian sebanyak RM352,050 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai 'pegawai bank'.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata hasil siasatan mendapati mangsa yang juga seorang pesara kerajaan berumur 62 tahun itu pada mulanya menerima mesej pesanan ringkas (SMS) kira-kira jam 9.07 pagi pada 17 Ogos lalu.

Katanya kandungan mesej terbabit mengatakan mangsa ada membuat pembelian dalam talian.

“Mangsa yang mempercayai mesej terbabit kemudiannya menghubungi nombor telefon yang diberikan sebelum bercakap dengan suspek yang menyamar sebagai pegawai bank.

“Suspek kemudiannya meminta semua maklumat akaun bank mangsa dan mangsa turut memberikan semua maklumat akaun bank miliknya bersama nombor kod pengesahan transaksi (TAC),” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Beliau berkata tiga hari kemudian, mangsa menyedari wang dalam akaun bank berjumlah RM352,050 sudah dipindahkan ke dalam akaun pihak ketiga oleh Scammer tanpa pengetahuannya.

Katanya mangsa kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

"Siasatan sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesekaan kerana menipu," katanya.

Sementara itu beliau menasihatkan orang ramai supaya elakkan daripada menjawab panggilan telefon dan melayan sebarang bentuk SMS dari pihak yang tidak dikenali yang menyamar dari mana-mana jabatan kerajaan atau organisasi.

"Sekiranya menerima panggilan berkenaan, sila hubungi balai polis berdekatan untuk pengesahan sebelum membuat apa-apa transaksi pindahan wang.

"Orang awam juga dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan modus operandi terkini Scammer bagi mengelak kejadian serupa berulang," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/24/pesara-rugi-rm352050-diperdaya-macau-scam-menyamar-pegawai-bank
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.516693 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list