CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 585|Reply: 0

[Sabah] Salah Guna Kuasa, SPRM Sabah Tahan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah

[Copy link]
Post time 31-8-2022 02:46 PM | Show all posts |Read mode


SANDAKAN: Seorang penolong pegawai pendidikan daerah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, selepas dipercayai menyalahgunakan kedudukan dengan melantik syarikat anak saudaranya bagi mendapatkan tender kantin sebuah sekolah.

Suspek lelaki berumur dalam lingkungan 40an itu ditahan di pejabat SPRM Sabah Cawangan Sandakan, kira-kira jam 11 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan.
Sumber berkata, suspek menggunakan kedudukannya sebagai penolong pegawai pendidikan daerah untuk mendapatkan tender kantin sekolah bernilai kira-kira RM50,000.

Katanya, tender bagi tempoh tiga tahun itu diberi kepada syarikat milik anak saudaranya bagi Disember 2015 hingga November 2018.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan dalam tempoh terdekat. – HMetro


https://www.sabahpost.net/2022/08/29/salah-guna-kuasa-sprm-sabah-tahan-penolong-pegawai-pendidikan-daerah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.067748 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list