CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 676|Reply: 0

[Sarawak] Kerani bank rugi RM27,620 tertipu tawaran kerja tidak wujud

[Copy link]
Post time 1-9-2022 01:25 AM | Show all posts |Read mode
SIBU: Padah mudah percaya iklan di media sosial, seorang kerani bank di sini kerugian sebanyak RM27,620 selepas terjerat sindiket penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata mangsa berusia 46 tahun dikatakan berminat dengan tawaran pekerjaan sambilan selepas menerima satu pesanan ringkas melalui WhatsApp daripada nombor tidak dikenali.

"Pekerjaan ditawarkan amat mudah iaitu dengan tangkap layar barangan hendak dibuat dan membuat pembayaran seperti diminta oleh suspek.

"Sekiranya tugasan diberikan berjaya diselesaikan, mangsa dibayar semula wang bayaran serta komisen 10 peratus seperti dijanjikan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa teruja dengan keuntungan serta komisen diperolehi membuat pembayaran tambahan melalui enam kali transaksi ke akaun berasingan keseluruhan berjumlah RM27,620.

Bagaimanapun, selepas tugas dilaksanakan mangsa tidak menerima sebarang komisen seperti dijanjikan.

Zulkipli berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas tidak menerima pulangan wang dan komisen dijanjikan itu.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Merah di sini semalam.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Sehubungan itu, Zulkipli menasihati orang ramai agar tidak mudah terperdaya dan lebih peka dengan modus operandi 'scammer' menerusi tawaran pekerjaan tidak wujud.

Orang ramai boleh mendapatkan nasihat atau maklumat lanjut dengan menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559/03-26101599 atau memuat aplikasi semak muat naik https://semakmule.rmp.gov.my dan ikuti laman Facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/31/kerani-bank-rugi-rm27620-tertipu-tawaran-kerja-tidak-wujud

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.697708 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list