CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1278|Reply: 0

[SEJARAH] Kisah Perang Saudara Sebenar Di Sebalik House of the Dragon

[Copy link]
Post time 9-9-2022 07:03 PM | Show all posts |Read mode
Kisah Perang Saudara Sebenar Di Sebalik House of the Dragon



Semua orang tahu drama terbaru HBO, House of the Dragon merupakan prekuel kepada Game of Thrones. Dan seperti siri novel A Song of Fire and Ice yang dikarang George R.R. Martin, kisah perebutan takhta ahli-ahli kerabat Targaryen dalam House of the Dragon diinspirasikan daripada peristiwa sebenar. Peristiwa yang dimaksudkan ialah The Anαrchψ (Anαrkι) yang berlaku dari 1138 hingga November 1153.

Punca αnαrkι ini tercetus berikutan kemangkatan William Adelin, satu-satunya putera sah taraf Raja Henry I. Adelin mangkat akibat terjatuh dalam air dan lemas selepas kapal yang dinaikinya White Ship karam sekitar tahun 1120. Justeru, sebagai jalan penyelesaian, Henry I berkahwin dengan seorang wanita bernama Adeliza of Louvain. Baginda berharap dengan perkahwinan ini, ia dapat menghasilkan pewaris takhta lelaki yang baru.



Raja Henry I

Malangnya, hasrat baginda untuk mendapatkan seorang putera tidak kesampaian. Dan ini menimbulkan kegusaran kepada ramai bangsawan Inggeris ketika itu. Sekiranya Henry I mangkat tanpa meninggalkan pewaris, siapa yang bakal jadi pewaris? Ini kerana semasa era pemerintahan baginda, pemerintahannya dianggap stabil dan kuat. Persoalan ini jika dibiarkan boleh saja mencetuskan huru-hara di seluruh negara.

Henry I melihat ada jawapan untuk persoalan tersebut: Maharani Matilda. Matilda yang merupakan bekas balu kepada Maharaja Empayar Rom Suci (Holy Roman Empire) Henry V bukan orang lain di mata baginda. Ini kerana baginda merupakan seorang lagi putera sah taraf Henry I selain Adelin. Tatkala persoalan tentang takhta timbul, Matilda pada ketika itu merupakan isteri Geoffrey of Anjou, seorang bangsawan yang memerintah Anjou, Touraine dan Maine (semua wilayah Perancis).


Maharani Matilda, versi dunia sebenar Rhaenyra Targaryen

Tetapi seperti mana keputusan Raja Viserys Targaryen (Paddy Considine) melantik puterinya, Rhaenyra Targaryen (Emma D’Arcy) sebagai pewaris takhta yang dianggap tidak popular, nasib sama menimpa Henry I. Selepas baginda mengumumkan Matilda sebagai pewaris takhta, ia mengundang rasa tidak puas hati ramai bangsawan Inggeris atas banyak sebab.

Pertama, Matilda jarang menghabiskan masa di England dan banyak berada di luar negara. Kedua, suami barunya Geoffrey of Anjou juga tidak popular dan secara teknikalnya berperang dengan Henry I tatkala baginda mangkat pada 1 Disember 1135. Selain itu, England juga tidak mempunyai ratu sebagai pemerintah. Jadi, semua orang memerhati langkah ini dengan rasa curiga.

Keadaan ini tidak dibantu dengan hubungan renggang Henry I dengan Matilda dan Geoffrey of Anjou. Sebagai hadiah perkahwinan, baginda dijanjikan beberapa buah istana di Normandy tetapi tidak dinyatakan bila baginda boleh mengambilnya. Selain itu, tindakan Geoffrey yang mendesak bangsawan-bangsawan Norman memberi taat setia kepadanya dianggap mengancam kedudukan Henry I. Dan apa yang dibimbangi baginda menjadi kenyataan apabila Matilda dan Geoffrey memilih memihak pεmbεrontαk apabila wujud pemberontakan terhadapnya.

Ini turut menjelaskan mengapa selepas baginda mangkat pada 1 Disember 1135, mereka memilih menyatakan sokongan kepada Stephen of Blois. Merupakan sebahagian daripada orang kepercayaan Henry I, Stephen turut disokong oleh adindanya, Bishop Henry of Clois. Dengan sokongan gereja dan bangsawan-bangsawan Inggeris, Stephen diangkat sebagai raja pada 22 Disember.

Matilda yang ketika itu sudah berada di England cuba menghalang tetapi tidak berjaya. Ini ditambah dengan tindakan Stephen yang mengepung kedudukan baginda di Istana Arundel pada 1139. Disebabkan baginda tidak mengisytiharkannya sebagai musuh, Matilda diberi ruang untuk keluar dengan selamat dari istana sebelum bergabung dengan kekanda tirinya Robert of Gloucester di Bristol.

Tapi apa kejadahnya tempoh ini digelar sebagai Anαrkι? Ia dipanggil sedemikian kerana tak lama selepas menaiki takhta, Stephen mula meminggirkan golongan bangsawan Inggeris dan menaikkan sekutu-sekutunya. Geng gereja juga mengamuk selepas Bishop of Salisbury ditahan atas perintah baginda. Akibatnya, sesetengah memilih menyokong Matilda. Tapi dalam tempoh tersebut, penyokong kedua-dua figura sentiasa mengubah kesetiaan mereka – dah macam Ilsa Faust dalam Mission Impossible: Rogue Nation!

Sudahlah ‘melompat macam katak’ sesuka hati. Bangsawan-bangsawan yang dinafikan Stephen mula membina istana sendiri tanpa perlu meminta kebenaran baginda. Akibatnya, kerajaan hilang kawalan terhadap apa yang berlaku dengan orang gereja dan golongan bangsawan memerintah ikut suka hati. Disebabkan hal inilah, tempoh ini digelar sebagai Anαrkι.

Menjelang tahun 1141, Stephen ditangkap oleh sekutu-sekutu Matilda semasa mengepung Istana Lincoln. Walaupun bergelar tawanan pεrαng, pihak sebelah sana sepatutnya melayan baginda mengikut statusnya sebagai raja. Tetapi hakikatnya, Stephen diberi layanan buruk termasuk kakinya dirantai semasa bergelar tahanan selama sembilan bulan. Ini sekaligus mengurangkan populariti Matilda dan perlahan-lahan mengalihkan sokongan bangsawan Inggeris terhadap Stephen.

Satu lagi kesilapan baginda ialah enggan melayan petisyen-petisyen atau permintaan istimewa yang dibuat oleh rakyat dan golongan bangsawan. Benda sebegini memang perlu dilakukan bila bergelar raja. Tetapi Matilda sama ada memang tak tahu atau terlalu sombong memilih untuk tidak melakukannya. Ini sudah cukup untuk memberi motivasi kepada angkatan perang Stephen untuk terus memεrαngi Matilda dan mendapatkan semula raja mereka.

Pada September 1141, angkatan pεrαng Matilda tewas di tangan angkatan pεrαng pesaingnya yang diketuai permaisuri Stephen – juga bernama Matilda. Syarat baginda mudah, pulangkan kembali Stephen jika mahukan Robert kembali ke sisinya. Selepas baginda dilepaskan, kedua-duanya cuba memberi pukulan mαυt antara satu sama lain tetapi tidak berjaya. Matilda bagaimanapun kehilangan penyokongnya yang paling penting selepas Robert mangkat pada 31 Oktober 1147.


Henry Plantaganet (kemudiannya bergelar Henry II)

Keadaan ini memaksa baginda berundur ke tanah besar Eropah dan menyerahkan urusan menuntut takhta kepada puteranya Henry Plantaganet. Walaupun menikmati kempen yang berjaya di Normandy dan sebahagian kawasan di England, pembesar-pembesar dari kedua-dua belah pihak sudah jemu berpεrαng dan telah berdamai. Ini mendorong Stephen dan Henry bersetuju untuk berdamai pada Julai 1153.

Bagaimanapun, hal tersebut kurang disenangi oleh putera Stephen, Eustace kerana bimbang kedudukannya sebagai pewaris takhta. Tetapi kemangkatannya sebulan selepas itu membuka ruang kepada perjanjian damai formal yang dikenali sebagai Perjanjian Winchester. Stephen dibenarkan kekal sebagai raja tetapi Henry Plantaganet dinamakan sebagai pewaris takhta.

Setahun selepas itu, Stephen mangkat dengan Henry menaiki takhta sebagai Henry II. Dengan pertabalan baginda sebagai Raja England, maka bermulalah era Dinasti Plantaganet yang berterusan sehingga 1485. Oh, ya. Dinasti sama ini kemudiannya mencetuskan satu lagi krisis perebutan takhta yang dikenali sebagai Wαr of the Rosεs.


Sumber:https://www.thepatriots.asia/kis ... ouse-of-the-dragon/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.037858 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list