CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 659|Reply: 0

Sukma 2022: Terengganu puas rangkul ‘ibu emas’

[Copy link]
Post time 25-9-2022 12:30 PM | Show all posts |Read mode

TERENGGANU berjaya meraih pingat emas acara bola sepak Sukma 2022 selepas menundukkan Pulau Pinang pada perlawanan akhir kelmarin.


SEKALIPUN tidak mampu untuk mengejar juara keseluruhan, pencapaian skuad bola sepak menjuarai perebutan ‘ibu emas’ Sukan Malaysia (Sukma) dengan menewaskan Pulau Pinang 2-0 menjadi pengubat duka buat seluruh rakyat Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kejayaan untuk menamatkan penantian 12 tahun kali ini begitu bermakna dan menyifatkan segala usaha keras dilakukan kini terbalas.

“Sebenarnya dari segi sasaran pingat, memanglah kita mencapai sasaran asal kita iaitu 57 emas untuk Sukma 2022. Oleh kerana berlaku kelemahan sedikit seba­nyak mungkin kita tidak jadi juara keseluruhan pada kali ini.

“Tetapi, dengan kemena­ngan pasukan bola sepak ini yang merupakan ibu segala pingat, maka tentunya ia akan dapat mengubati hati para penyokong dan seluruh rakyat Terengganu,” katanya ditemui sejurus selesai penyampaian pingat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin.

Pada perlawanan itu, ketua pasukan Peteh, Muhammad Safwan Mazlan terlebih dulu membuka jaringan pada minit ke-24 dan empat minit sebelum aksi tamat, sisa perjuangan Pulau Pinang berakhir selepas pertahanannya, Muhammad Aidil Azuan tertampan bola ke gawang sendiri untuk menghadiahkan gol kedua Terengganu.

Lebih manis, kemenangan kelmarin meletakkan Terengganu sebaris dengan Perak dan Pahang sebagai pasukan paling berjaya di pentas Sukma dengan empat kali muncul juara.

“Terima kasih kepada semua pemain, jurulatih dan pegawai-pegawai pasukan serta penyokong yang ada hadir memberikan sokongan.

“Kejayaan ini begitu manis buat Terengganu setelah 12 tahun tidak memenanginya,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... s-rangkul-ibu-emas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.032008 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list