CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 609|Reply: 0

Samanlah Kafa, kami tak mampu bayar - Husin

[Copy link]
Post time 25-9-2022 09:12 PM | Show all posts |Read mode
Samanlah Kafa, kami tak mampu bayar - Husin


SETIAUSAHA Agung Kafa, Husin Deraman. FOTO ARKIB NSTP


Kuala Lumpur: "Jika nak saman, teruskanlah kerana Kafa (Persatuan Bolasepak Kelantan) sememangnya tidak mampu untuk bayar pinjaman itu."

Itu penjelasan Kafa terhadap kenyataan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman yang menyatakan badan induk bola sepak negeri itu berhutang dengannya kira-kira RM3.8 juta.

Setiausaha Agung Kafa, Husin Deraman berkata, pihaknya mengetahui keputusan Norizam yang mahu menyaman mereka sebanyak RM3.93 juta, sekali gus menyerahkan situasi itu kepada peguam untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, ketika ini kantung Kafa sememangnya kering dan tidak mempunyai sumber pendapatan termasuklah jumlah tajaan yang terhad, sekali gus tidak mampu untuk membayar ansuran RM200,000 setahun.

"Mengenai tindakan beliau (Norizam), kami serahkan kepada peguam Kafa untuk berunding. Sekarang ini, bukannya kami tidak mahu bayar, cuma tiada sumber kewangan terutama selepas musim Covid-19.

"Kafa tiada aset termasuklah pasukan utama, jadi bagaimana mahu meraih pendapatan untuk persatuan.

"Jika beliau nekad untuk saman, teruskanlah kerana sememangnya Kafa tiada duit dan tak mampu menyelesaikannya," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham mendedahkan Kafa berhutang dengannya kira-kira RM3.8 juta.

Menerusi kenyataan di laman Facebook miliknya, hari ini, Zam Saham mendedahkan disebabkan hutang itu, dia mengambil tindakan menyaman Kafa sebanyak RM3.93 juta.

Zamsaham sebelum ini dilaporkan membayar RM6.8 juta ketika proses mengambil alih pasukan The Red Warriors (TRW) daripada Kafa pada September 2020.

Menurut laporan, jumlah itu membabitkan RM3 juta bagi pembelian Kelantan FC dan RM3.8 juta lagi adalah pinjaman kepada Kafa bagi menyelesaikan hutang kepada pemain dan agensi tertentu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... k-mampu-bayar-husin

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.035899 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list