CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 453|Reply: 1

[Tempatan] Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Wak Jahid

[Copy link]
Post time 26-9-2022 11:08 PM | Show all posts |Read mode
Cerita tak habis lagi


Sumber :


Kes VLN: Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Zahid

Diterbitkan:  Sep 26, 2022 8:42 PM ⋅ Dikemaskini:  10:30 PM

Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah sistem visa luar negara (VLN).

Notis untuk membawa kes itu ke peringkat Mahkamah Rayuan difailkan hari ini, menurut laporan The Edge.

Bernama mengesahkan perkara itu dengan Peguam Negara Idrus Harun.

Pada Jumaat lalu, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Mohd Yazid Mustafa memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan tiga saksi utama kes itu tidak boleh dipercayai.

Tiga saksi tersebut adalah bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) Harry Lee Vui Khiun, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani dan David Tan Siong Sun yang merupakan saksi pendakwaan (SP) ke-15, 16 dan 17.

"Saya dapati tiga saksi utama yang dipanggil oleh pihak pendakwaan adalah tidak boleh dipercayai dan tidak mempunyai kredibiliti,” katanya ketika itu.

Zahid dihadapkan dengan 33 pertuduhan menerima rasuah dari UKSB berjumlah SG$13.56 juta (RM43.6 juta) antara 2014 dan 2017.

Dia yang merupakan bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri dalam negeri turut dihadapkan tujuh pertuduhan mendapat SG$1.15 juta, RM3.125 juta, 15,000 Swiss franc (RM70,000) and AS$15,000 (RM68,000) dari syarikat sama.

Dia didakwa menerima rasuah untuk melanjutkan kontrak UKSB untuk mengendalikan servis one-stop centre (OSC) di China dan sistem VLN, serta mengekalkan kontrak dengan Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan sistem VLN bersepadu.

Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai rasuah atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Pada masa ini Zahid turut berdepan satu lagi perbicaraan atas pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan itu kini di peringkat pembelaan.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2022 11:47 PM | Show all posts
No offence yachh tt, kita sama2 belajarr, act puas aku cuba memahami mula2 lps baca tajuk, took sometimess jugak duk cuba memikir, lps masuk sini baca article baru faham. Aku pikir ‘Pendakwa fail rayuan terhadap pembebasan Zahid’  lebih jelas dan betul.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.062871 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list