CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 628|Reply: 0

Potensi Harimau Malaya terserlah

[Copy link]
Post time 27-9-2022 11:11 AM | Show all posts |Read mode

PARA pemain Harimau Malaya akur tewas pada penentuan sepakan penalti kepada Tajikistan 3-0 pada final Piala Raja di Stadium 700th Anniversary, Chiang Mai kelmarin. – FAM


SEKALIPUN gagal membawa pulang Piala Raja ke Malaysia, peminat bola sepak tempatan dilihat gembira dan berpuas hati de­ngan transformasi yang dibawa ketua jurulatih berasal dari Korea Selatan, Kim Pan Gon ke atas Harimau Malaya.

Dua keputusan yang dicatatkan sepanjang penyertaan Piala Raja edisi ke-48 kali ini kembali membuktikan Harimau Malaya sudah bersedia untuk menentang lawan yang berada di ran­king lebih baik.

Selain sokongan peminat, kekuatan mental dan semangat juang juga menjadi resipi kepada Pan Gon.

Jurulatih itu dapat rasakan yang pasukan kali ini mampu memberikan cabaran lebih baik pada tugasan akan datang.

“Kami telah menjangkakan ia akan menjadi perlawanan yang sukar kerana Tajikistan menduduki ranking ke-109 dunia dan mereka memiliki kualiti dari segi fizikal pemain. Hujan juga membuatkan kami berdepan kesukaran untuk bermain seperti kebiasaan.

“Pemain sudah pun beraksi dengan baik dan daripada pemerhatian saya, mereka memiliki kekuatan mental. Pemain juga memiliki semangat yang cukup tinggi. Saya bangga ­dengan apa yang mereka tunjukkan.

“Tiada ada apa yang perlu di­sesalkan kerana kami sudah berikan yang terbaik. Sudah pasti kami akan membuat penilaian bagi melakukan persiapan bagi menghadapi Piala AFF nanti,” katanya.

Sebelum itu, Malaysia menamatkan 90 minit dengan keputusan 1-1 de­ngan Thailand, namun berjaya ­mengatasi tuan rumah dengan keputusan 5-3 pada penentuan penalti.

Namun hajat besar untuk menamatkan penantian 44 tahun di kejohanan itu gagal selepas tunduk 3-0 kepada Tajikistan, juga menerusi sepakan penalti.

Dengan hasil yang diraih pasukan itu sejak di bawah kendaliannya, Pan Gon tetap menagih sokongan daripada semua pihak kerana percaya Harimau Malaya miliki potensi untuk catat keputusan baik pada masa akan datang. Ia khususnya ketika menentang lawan di ranking lebih tinggi.

“Daripada apa yang kami ada, mereka memiliki sesuatu yang lebih baik dan saya harapkan lebih baik lagi daripada ini. Berdasarkan penyertaan kali ini juga, kami dapat sesuatu yang positif.

“Kami sebenarnya mampu bersaing dengan pasukan di tahap lebih tinggi. Kami perlukan sokongan ­daripada penyokong, kelab dan pemegang taruh,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... -terserlah-pan-gon/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.042057 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list