CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

[Johor] Guru besar direman buat tuntutan palsu

[Copy link]
Post time 29-9-2022 12:48 PM | Show all posts |Read mode

Seorang guru besar di Skudai, direman sehari selepas disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah RM2,583, Februari lalu. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN

Johor Bahru: Seorang guru besar sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Skudai di sini, direman sehari selepas disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah RM2,583 Februari lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Tiffany Chin Phin Yuan selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Permohonan itu dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.


Terdahulu, suspek yang diwakili Peguam K Bharathi tiba di pekarangan mahkamah berpakaian lokap SPRM berwarna jingga kira-kira jam 9.05 pagi dengan tangan bergari diiringi dua pegawai SPRM.

Difahamkan, suspek wanita berusia 57 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Johor pada jam 2 petang semalam.

Suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pembekalan makanan dan minuman serta barangan bagi Program Ceramah Pembangunan Nilai Murni dalam Pendidikan Moral 2022 yang mana bekalan itu tidak dibekalkan dan program itu juga tidak dilaksanakan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... buat-tuntutan-palsu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.051379 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list