CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tiptop123

Apa pendapat kamu tentang hujah ini?

 Close [Copy link]
Post time 22-12-2010 09:00 PM | Show all posts
Dalam sejarah penulisan 4 buah Injil pun sejarah tidak jelas siapa penulisnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2010 09:08 PM | Show all posts
Who wrote the Gospels in the New Testament?
If you open a Bible today, you see books titled 'The Gospel according to Matthew,' 'The Gospel according to Mark,' and so on for Luke and John.

In fact, the Gospels are all anonymous - they don't actually say who wrote them. But:

The names of Matthew, Mark, Luke and John were linked with them as their authors right from the very earliest days
No other authors were ever suggested for them
There are thousands of Greek manuscripts of the Gospels, and they all give them the same authors...

http://www.facingthechallenge.org/gospels.php
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 09:11 PM | Show all posts
... Matthew, Mark, Luke, and John - Never met Jesus.

"All four Gospels are anonymous in the sense that none mentions the author's name. The traditional names - Matthew, Mark, Luke and John - did not become associated with these writings until the second century. Whether or not these men were the actual authors is very controversial."

Read more: http://wiki.answers.com/Q/Who_we ... _John#ixzz18qUynKHU
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 09:12 PM | Show all posts
As with the Old Testament, we just don't know who wrote most of the New Testament. Tradition has assigned the Gospels and most of the Epistles to certain authors, all of whom were important figures in Jesus' life or the early days of the faith. It was important for the early church to believe the authors wrote the works attributed to them, since their eminence lent the writings authority. But since we don't have the original signatures, none can be verified except through textual clues.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 09:15 PM | Show all posts
Maka semua FAKTA diatas tiada kaitan dengan Dr Bart... ia adalah Kajian yang jelas.. kesamaran Kitab kamu.. SANGAT di RAGUI... tidak ketahuan siapa yang tulis... FIKIRKANLAH... sebab itulah orang Barat semakin menolak ajaran Kristian, cuma pada nama saja...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 02:31 AM | Show all posts
saudara erusi dakwa malah menuduh  Tuhan membiarkan TAURAT DAN INJIL di korub selama beberapa ribu tahun sebelum Islam muncul..ni kes bahaya ni...nak direct Tuduh2 Tuhan pula tanpa sebarang bukti yg kukuh..main ikut cakap org sahaja...taubatlah erusi

putput Post at 22-11-2010 11:27


Sila perbetulkan tanggapan kamu. Saya mempercayai Al-Quran dan di dalam Al-Quran disebutkan perkara ini. Justeru saya bukan membuat tuduhan. Seterusnya saya membuktikan dakwaan ini melalui persoalan-persoalan yang saya kemukakan itu yang kita semua dapat lihat sehingga kini persoalan-persoalan tersebut tidak mampu dibereskan oleh kelompok kristian itu. Jika dakwaan ini tidak mampu dibuktikan sebagai salah, makanya dakwaan itu bukan bersifat tuduhan.

Justeru sekali lagi, sila perbetulkan tanggapan kamu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2010 08:49 AM | Show all posts
Reply 186# erusi


    bukti dah bagi dari fakta2 saudara2 saya bagi..tapi apa yg kita nampak2,,masuk telinga kiri keluar asap hitam telinga kanan sampai kiamat takkan selesai..tapi tak apalah..kami faham saudara2 kena juga pertahankan..sebab tu quran awak kata..kalu tak caya murtad..betul tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 09:57 AM | Show all posts
Reply 80# tiptop123


Pertamanya kita semua dapat lihat, saya mengemukakan persoalan dalam posting saya pada #79, namun pada posting maklumbalas oleh si tiptop pada posting seterusnya iaitu pada #80, tiada satu pun persoalan saya itu yang dijawab oleh beliau.

Seterusnya,

Kita dapat lihat dua standard yang digunakan untuk mengukur sesuatu kepercayaan.

Standard yang digunakan pada Injil ialah ialah Injil sekarang bukanlah yang asal.

Sebabnya terdapat beberapa ayat yang bercanggah walaupun ayat bercanggah itu tidak sekalipun menpengaruhi ajaran Yesus Kristus mahupun seluruh ajaran dalam Injil.

Fokus utama kita ialah pada ajaran penting dalam Injil. Seperti dalam wujudnya konsert itu.

Kita harus melihat yang konsert itu amat berjaya sekali dan suara penyanyi itu amat sedap didengar.


Sememangnya kita harus fokus kepada ajaran dalam bible itu. Namun permasalahannya adalah di mana kredibilitinya untuk kita pegang bahawa ajaran di dalam bible itu masih asli, sahih dan tulen jika kesalahan-kesalahan dan percanggahan-percanggahan telah wujud di dalamnya? Itu juga harus fikirkan demi menjamin kesejahteraan hidup kita di alam abadi kelak. Jika kesahihan, keaslian dan ketulenan ajaran dalam bible itu tidak dapat kita pastikan, maka apakah kita berpegang pada yang tidak pasti itu secara buta tuli? Apakah kita mahu memperjudikan kesejahteraan hidup kita di alam abadi kelak dengan berpegang pada sesuatu yang tiada kepastian itu? Apakah akan jadi pada kita kelak ketika di alam abadi jika diakhirnya kita dapati sesuatu yang tidak pasti yang kita pegang itu sebenarnya adalah merupakan kesesatan? Pastinya kita tidak akan memperolehi keselamatan pada ketika itu.

Justeru itu seharusnya kita perlu memastikan segala sesuatu itu sebelum beriman terhadapnya supaya kita dapat memastikan bahawa diri kita tidak pernah terpesong daripada kebenaran.

Seterusnya,

Adakah kamu semua akan mengikuti jejak erusi dan tidak mahu menerima laporan ketiga-tiga penonton itu gara-gara terdapat laporan bercanggah tentang jumlah penonton?. Meragui kenyataan ketiga-tiga penonton itu sebenarnya samalah seperti tidak percaya yang konsert itu amat berjaya sekali. Cuma erusi cuba bermain ayat dan mempertahankan diri dan berkata yang beliau tidak pernah meragui yang konsert itu wujud.

Keterangan tentang jumlah penonton itu sebernaya tidak sedikit pun mepengaruhi hakikat yang konsert itu amat berjaya sekali.


Di sini kita dapat lihat si tiptop tidak pernah mampu mengaitkan contoh analogi yang diberikannya dengan keadaan sebenar bible itu yang saya telah paparkan melalui persoalan-persoalan saya. Jika kita lihat persoalan-persoalan saya adalah melibatkan percanggahan yang melibatkan ayat yang sama yang pastinya merupakan laporan daripada satu individu sahaja, dan bukannya melibatkan ayat yang berlainan. Saya berikan contohnya,

Seterusnya tajuk thread "Permasalahan catatan Wahyu 1:11 dalam bible":
Terdapat dua versi wahyu 1:11 iaitu,
Saying, What you see, put in a book, and send it to the seven churches; to Ephesus and to Smyrna and to Pergamos and to Thyatira and to Sardis and to Philadelphia and to Laodicea.
Bible in Basic English

Saying, I am Alpha and Omega, the first and the last: and, What thou seest, write in a book, and send [it] to the seven churches which are in Asia; to Ephesus, and to Smyrna, and to Pergamos, and to Thyatira, and to Sardis, and to Philadelphia, and to Laodicea.
Revised Webster Version

Satu ayat yang merupakan laporan daripada satu individu tetapi saling bercanggah menyebabkan mustahil kedua-dua versi ayat tersebut adalah benar.

Tetapi di dalam analogi si tiptop itu, beliau melibatkan lebih daripada satu individu iaitu ketiga-ketiga penonton itu yang memberikan laporan yang berlainan. Justeru itulah saya katakan bahawa analogi si tiptop ini tidak pernah bertepatan dengan keadaan sebenar bible itu melalui persoalan-persoalan yang saya paparkan. Sebab itulah dalam posting-posting terdahulu saya telah menekankan bahawa lebih malang lagi jika didapati laporan berbagai versi yang saling bercanggah yang dikatakan daripada individu yang sama, yang menjelaskan mustahil kedua-dua laporan daripada individu yang sama itu sebagai benar, di mana ini adalah untuk memperlihatkan keadaan sebenar bible itu dengan analogi nya yang tepat iaitu satu individu tetapi laporan yang berbeza.

Dan pada masa yang sama, beliau menggunakan standard yang lain untuk mengukur Islam.

Walaupun erusi tidak dapat menerima ajaran Injil kerana pada erusi ada beberapa ayat dalam Injil yang bercanggah.

Saudara erusi berpendapat kitab-kitab Tuhan tidak boleh bercanggah.


Saya tidak pernah menggunakan standard Islam dalam mengukur kristian itu. Saya berpendapat kitab-kitab Tuhan tidak boleh bercanggah. Apakah kristian berpendapat kitab-kitab Tuhan boleh bercanggah? Kamu seorang kristian sendiri ingin mengatakan bahawa bible kamu itu adalah firman Tuhan. Justeru apakah kamu ingin mengatakan firman Tuhan itu boleh bercanggah? Jika demikian sila tanggani di mana sifat Maha Benar Tuhan itu jika firmanNya saling bersalahan? Juga apakah orang kristian ingin mengatakan bahawa Tuhan pernah berbohong ketika memberi bimbingan kepada penulis-penulis asal bible itu? Pastinya tidak.
Seterusnya sila kaji semula setiap persoalan saya. Persoalan saya tidak melibatkan percanggahan suatu ayat dengan ayat yang lain dalam bible itu. Tetapi persoalan saya adalah melibatkan percanggahan yang berlaku pada satu ayat ataupun satu ayat yang mempunyai berbagai versi seperti contohnya yang saya telah saya kemukakan tadi. Keadaan ini pastinya menjelaskan satu versi ayat tersebut adalah salah dan mustahil kedua-duanya benar.

TETAPI BELIAU BOLEH MENERIMA YANG KITAB TUHAN YANG MAHA BERKUASA BOLEH DIKORUP OLEH MANUSIA lemah.


Yes, kitab Tuhan yang Maha Kuasa itu boleh dikorup oleh manusia yang lemah apabila Tuhan yang Maha Kuasa itu tidak berkehendak untuk memelihara kitab Nya. Namun apabila Tuhan yang Maha Kuasa itu berkehendak untuk memelihara kitabNya maka tiada siapa yang dapat menkorup kitabNya itu. Itulah yang terjadi pada Al-Quran. Walaupun ada usaha untuk menmalsukannya oleh individu atau golongan tertentu, makanya naskah yang korup itu dengan mudah dapat dikesan kepalsuannya oleh umat Islam yang lain. Itulah bentuk pemeliharaan Al-Quran oleh Allah.

Erusi juga boleh menerima yang Tuhan menyelamatkan Yesus Kristus dan akibat daripada perbuatan itu mengelirukan umatNya dan melahirkan agama Kristian. Agama yang mempunyai paling ramai sekali penganut pada masa kini.


Ini satu fitnah. Saya menjelaskan sebelumnya bahawa Tuhan menyelamatkan Nabi Isa (Jesus), namun kejadian itu bukan mengelirukan golongan yahudi pada ketika itu kerana di dalam Al-Quran tertulis bahawa golongan yahudi itu sendiri menyakini bahawa mereka sebenarnya tidak menyalibkan Nabi Isa (Jesus). Kesesatan kelompok tersebut kerana sifat mereka sendiri yang tidak mahu menerima hakikat yang diyakini oleh mereka sendiri. Manakala kesesatan kelompok terkemudian daripada itu pula adalah kerana keenggan untuk berfikir dan meneliti walaupun kebenaran telah dihidangkan di hadapan mereka.

Tuhan tidak mampu melindungi bukan satu malah beberapa kitabNya daripada dikorup oleh manusia. Erusi mendakwa bahawa Tuhan membenarkan perkara itu berlaku.

Bagaimana kalau saya pula berhujah yang Tuhan membenarkan ayat-ayat bercanggah berlaku dalam Injil?


Saya tidak mengatakan Tuhan tidak mampu, tetapi saya mengatakan Tuhan tidak berkehendak. Justeru sila perbetulkan.

Seterusnya inilah yang harus kita fikirkan. Seandainya kelompok kristian ini ingin berhujah bahawa Tuhan membenarkan ayat-ayat bercanggah berlaku dalam bible, maka ini menjelaskan bahawa salah satu daripada ayat-ayat yang bercanggah itu adalah salah. Persoalanya adalah apakah percanggahan tersebut oleh Tuhan atau bukan oleh Tuhan iaitu oleh manusia? Jika percanggahan tersebut adalah oleh Tuhan, maka kamu ingin mengatakan Tuhan berbohong semasa memberi ilham atau bimbingan kepada penulis bible?  

Jika percanggahan tersebut adalah bukan oleh Tuhan, maka terbukti sudah wujud unsur-unsur pengubahan oleh manusia ke atas kitab-kitab Tuhan. Justeru pastinya, apa yang dimaklumkan oleh Tuhan adalah tidak seperti yang diubah oleh manusia tersebut. Dengan kata lain penyelewengan telah berlaku.

Yang lagi pelik ialah selama beberapa ribu tahun, tidak pernah pun sesiapa yang mendakwa Kitab Torah ataupun Injil telah dikorup atau diubah.

Banyak manusia telah menggunkan kedua-dua kitab ini (Torah & Injil) tanpa sebarang masalah. Dan nampaknya Tuhan sendiri pun membiarkan perkara ini berlaku.



Ini adalah kesalahan fakta. Tidak selama beberapa ribu tahun kerana Nabi Muhammad diutuskan lebih kurang 600 tahun selepas Nabi Isa (Jesus). Justeru selepas lebih kurang 600 tahun, telah wujud dakwaan bahawa kitab-kitab terdahulu telah dikorupkan kerana Al-Quran memaklumkan sedemikian dan Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad.

Seterusnya jika kita teliti lebih lanjut, sebelum itupun sudah ada yang mendakwa bahawa kitab kristian itu telah korup. Ini kerana kelompok kristian pada ketika itu terbahagi kepada dua iaitu satu yang mendakwa Jesus adalah bukan Tuhan seperti golongan Arius dan satu lagi yang mendakwa Jesus adalah anak Tuhan atau Tuhan. Yang berfahaman Arius itu pastinya tidak menyetujui bible yang menjadi rujukan golongan yang mendakwa Jesus adalah anak Tuhan atau Tuhan. Kenapa? Tidak lain pastinya kerana golongan tersebut mendakwa kitab rujukan golongan lain itu telah korup.

Seterusnya Tuhan tidak membiarkan manusia terus sesat dengan korupnya kitab-kitab terdahulu itu. Adalah amat salah jika beranggapan sedemikian. Sebab itulah Nabi Muhammad diutuskan dan Al-Quran diturunkan. Supaya manusia terus terbimbing dalam kebenaran.

Bersambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2010 10:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by erusi at 23-12-2010 10:19

Sambungan….

Reply 80# tiptop123

Kepada semua yang tidak terlibat dalam hujah ini.

Saya menyeru agar saudara/ saudari menyiasat lebih mendalam tentang hal sebegini.

Jangan percaya saja kepada satu pihak iaitu erusi mahupun saya.

Jangan gunakan pandangan bias semasa membuat penilaian. Kuatkan sikap ingin tahu.

Tidak salah disisi agama apabila kita mempunyai sikap yang ingin tahu.

Cuba tanya daripada pelbagai pihak dan cuba lihat dari pelbagai sudut.

Jangan dengar saja hujah daripada satu pihak.

Saudara boleh melawati laman laman web seperti http://www.answering-islam.org/ ataupun http://www.answeringmuslims.com/

Kuatkan sikap ingin tahu dan sifat meyiasat lebih mendalam sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Dalam laman answeringmuslim, saya percaya saudara David Wood akan menjawab segala kemuskilan ataupun kesangsian saudara terhadap agama Kristian. Saudara boleh cuba email ataupun berhubung dengan David Wood.

David Wood juga seringkali berdebat dengan para pakar agama Islam dalam laman webnya. Cuba buka laman webnya dan lihat dan dengar hujah daripada kedua-dua pihak.

Sebenarnya terdapat juga kesangsian dalam Quran. Cuba lihat link dibawah:

http://www.answering-islam.org/Quran/Incoherence/index.html


Yes, kepada semua yang membaca perdebatan ini silalah kaji dengan penuh keikhlasan dan berfikir dengan sebaiknya tanpa bias supaya semua memperolehi sesuatu yang dapat diyakini dengan pasti. Gunakanlah akal yang diberikan Allah itu dengan sebaiknya dalam mencari kebenaran.
Kamu juga boleh melayari laman http://www.answering-christianity.com/ac.htm di samping banyak lagi laman-laman web yang lain bagi memperolehi sebarang penjelasan berkenaan Islam. Namun atas segala-galanya itu, akal dan keikhlasan harus disatukan demi mencari kebenaran yang pasti.

Kamu juga digalakkan bertanya kepada En. David Wood itu berkenaan dengan persoalan-persoalan yang saya telah kemukakan dan saya mengalu-alukan jika penjelasan yang diperolehi daripadanya itu dapat diqoutekan di sini untuk perbincangan kita seterusnya. Saya tertanya-tanya apakah si tiptop ini sudah mengemukakan persoalan saya kepada En. David Wood itu? Jika sudah maka kenapa beliau masih tidak mampu menanggani permasalahan dalam persoalan saya itu?

bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 10:21 AM | Show all posts
Sambungan..

Reply 80# tiptop123

Untuk renungan kita semua juga boleh baca dalam quoting di bawah satu tulisan yang yang merupakan jawapan daripada seorang father atau paderi  apabila persoalan saya ini dikemukakan oleh seorang individu kristian terhadapnya. Kita bolehlah menganggap seseorang yang berstatus paderi atau father ini adalah seorang yang memiliki ilmu yang baik berkenaan bible kristian itu. Seterusnya baca pula komentar yang saya tuliskan yang memaparkan kelemahan jawapan daripada si father tersebut. Sila lihat kedua-dua nya di bawah.
Tulisan jawapan daripada si father yang diberikan oleh seorang individu kristian:
@Erusi yang saya kasihi,

Saya coba bertanya ke salah satu Pendeta kami mengenai masalah ini dan ternyata dia mempunyai jawaban seperti ini:
Injil Matius ditulis pada awalnya ditujukan untuk orang Yahudi, yang diambil adalah dari garis keturunan Yusuf
sedangkan
Injil Lukas ditulis untuk Teofilus seorang Non Yahudi, penekanannya adalah bahwa Yesus untuk semua orang bukan hanya untuk orang Yahudi, pada bagian ini penulis menarik garis keturunan dari Maria, ibu Yesus.

Maria dan Yusuf sama-sama keturunan Yehuda.
Kelebihan alkitab adalah ditulis oleh lebih kurang 40 penulis dari jaman yang berbeda-beda tapi semuanya mempunyai benang merah.
Wow luar biasa Tuhan berkarya melalui hamba-hambaNya.

Salam damai sejahtera,

Dalton E Pelawi

Linknya http://www.permatagbkp.com/forum ... imit=6&start=18

Tulisan komentar saya berkenaan dengan jawapan daripada si father itu:
@dpelawi

Saya amat terkejut bila memperolehi jawapan seperti yang kamu kemukakan itu daripada pendeta kamu. Kerana saya amat tidak menyangka jawapan sedemikian adalah daripada seorang yang bergelar pendeta dalam masyarakat kristian. Namun bagus dan syabas saya ucapkan kepada kamu kerana berani bertanyakan permasalahan bible yang saya kemukakan itu kepada pendeta kamu. Saya hargai usaha kamu itu.

Namun izinkan saya memaparkan kelemahan yang begitu ketara daripada pendeta kamu itu. Saya harap kamu tidak merasa kecil hati jika saya menganggap pendeta kamu sememangnya tidak pernah menyelidiki bible kristian itu. Kenapa saya mengatakan sedemikian? Saya terangkan di bawah.

Saya memaparkan permasalahan silsilah Jesus oleh catatan Lukas dan Matius khususnya bagi generasi di antara Arni (atau juga dikenali sebagai Ram) dan Aminadab? Tahukah kamu generasi ini berada di peringkat mana dalam garis silsilah Jesus tersebut? Saya maklumkan, generasi ini berada di antara Abraham hingga Daud. Kita semua sedia maklum bahawa selepas Daud, dua anaknya iaitu Natan dan Solomo menurunkan generasi seterusnya disebelah ibu iaitu Maria dan bapa iaitu Yusuf. Justeru itu hanya selepas Daud, generasi Jesus itu terpisah kepada 2 garis silsilah iaitu dari sebelah ibu dan dari sebelah bapanya. Manakala sebelum Daud, garis silsilah Jesus itu hanya mempunyai satu garis silsilah sahaja. Dan generasi Arni(atau Ram) dan Aminadab adalah berada dalam garis silsilah sebelum Daud (iaitu daripada Abraham hingga Daud). Justeru dalam garis silsilah yang dicatatkan oleh Lukas dan Matius di antara Arni dan Aminadab ini tidak wujudnya garis silsilah sebelah ibu dan garis silsilah sebelah bapa. Ini kerana pada waktu tersebut hanya wujud satu garis silsilah Jesus sahaja.

Itu yang pertama yang ingin saya sampaikan.

Keduanya, dikatakan Injil Matius ditulis pada awalnya ditujukan untuk orang Yahudi dan Injil Lukas pula ditujukan kepada seorang yang non yahudi. Justeru apakah disebabkan itu menyebabkan catatan Matius dan catatan Lukas itu berbeza berkenaan dengan silsilah Jesus khususnya di antara Arni(@Ram) hingga Aminadab? Sila lihat semula posting saya bernumber #6275 psda halaman 2.
Dalam posting itu saya telah paparkan bahawa terdapat juga catatan Lukas yang menyamai catatan Matius iaitu mereka berdua menyatakan generasi selepas Arni(@Ram) adalah Aminadab. Jika mereka sepakat, maka apa masalahnya dengan Matius menulis untuk orang yahudi dan Lukas menulis untuk orang bukan yahudi jika kedua-duanya menuliskan silsilah Jesus yang sama? Sila lihat semula. Saya sertakan di bawah (lihat quoting).

[quote] Justeru daripada tulisan itu, jelas mengatakan Lukas memperincikan catatan silsilah tersebut. Namun apa yang tidak disedari atau tidak difikirkan oleh golongan kristian ini adalah terdapatnya catatan oleh Lukas yang menuliskan silsilah Jesus seperti mana yangdituliskan oleh Matius. Sekarang mari kita lihat catatan Lukas di bawah.

Luke 3.33 the son of Amminadab, the son of Ram, the son of Hezron, the son of Perez, the son of Judah,
The New King James Version

Catatan Lukas itu menyamai catatan Matius. Lihat antara Aminadab dan Ram, di mana tiada Admin di antaranya


Sila fahami dan tanyakan semula perkara ini kepada pendeta kamu. Lebih baik jika printkan setiap posting saya untuk dibacakan oleh pendeta kamu itu dan seterusnya nyatakan apakah maklumbalas beliau. [/quote]

Bersambung…
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 10:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by erusi at 23-12-2010 10:31

Sambungan

Reply 80# tiptop123

Tambahan lagi, kita semua juga boleh membaca daripada daripada quoting di bawah berkenaan dengan jawapan oleh Ketua bagi Lembaga Alkitab Indonesia (LAI) iaitu satu jabatan yang bertanggungjawab menterjemahkan bible ke dalam bahasa Indonesia. Justeru individu yang terlibat dalam aktiviti ini pastinya kita dapat mengkategorikan mereka sebagai kelompok yang memiliki pengetahuan yang baik berkenaan bible kristian itu. Namun seterusnya sila baca komentar saya yang memaparkan kelemahan jawapan yang diberikan oleh individu tersebut di bawah.

Jawapan oleh si Ketua LAI:
Dengan hormat,
Kami sangat berterimakasih atas surat Saudara yang berisi pertanyaan mengenai Silsilah Yesus. Di bawah ini, kami akan memberi jawaban atas pertanyaan tersebut, tetapi sebelumnya ijinkanlah kami untuk terlebih dahulu memperkenalkan Alkitab terbitan LAI secara singkat.
Lembaga Alkitab Indonesia (LAI) adalah lembaga yang menerjemahkan Alkitab ke dalam bahasa Indonesia dan bahasa-bahasa daerah dari teks sumber berbahasa Ibrani Biblia Hebraica Stuttgartensia (untuk Perjanjian Lama) dan bahasa Yunani UBS Greek New Testament (untuk Perjanjian Baru). Dengan demikian, LAI tidaklah mendasarkan terjemahannya dari Alkitab berbahasa Inggris seperti New King James Version, tetapi langsung dari teks sumber. LAI juga tidak memasukkan tafsiran-tafsiran atau bahan-bahan lainnya yang tidak ada di dalam teks sumbernya ke dalam terjemahannya. Apa yang ada di dalam teks sumber, itulah yang diterjemahkan.


Silsilah Yesus
Dalam Perjanjian Baru, kisah mengenai silsilah Yesus terdapat di dua tempat, yaitu di Matius 1:1-17 dan Lukas 3:23-38. Bila kita bandingkan kedua silsilah Yesus tersebut, kita memang akan mendapati bahwa nama-nama yang ada di situ tidak semuanya sama, misalnya pada Matius 1:4 dikatakan bahwa Ram mempunyai anak, Aminadab, sementara di Lukas 3:33 disebutkan bahwa Aminadab adalah anak Admin. Hal ini tentunya akan mendatangkan kebingungan di kalangan pembaca Alkitab: Apakah salah satu kitab (Matius atau Lukas) keliru atau apakah LAI sendiri yang telah salah menerjemahkan? Ataukah memang ayah Aminadab ada 2 orang?

Dalam UBS Greek New Testament, Matius 1:4 dan Lukas 3:33 dituliskan sebagai berikut:
Matius 1:4:
VAra.m de. evge,nnhsen to.n VAminada,b( VAminada.b de. evge,nnhsen to.n Naassw,n( Naassw.n de. evge,nnhsen to.n Salmw,n(
(secara harfiah berarti: Ram mempunyai anak, Aminadab; Aminadab mempunyai anak, Nahason; Nahason mempunyai anak, Salmon;)

Lukas 3:33:
tou/ VAminada.b tou/ VAdmi.n tou/ VArni. tou/ ~Esrw.m tou/ Fa,rej tou/ VIou,da
(anak Aminadab, anak Admin, anak Arni, anak Hezron, anak Peres, anak Yehuda,)

Dengan demikian, terjemahan yang kami lakukan sudah sesuai dengan teks sumber.

Namun ini juga tidak berarti bahwa salah satu dari kitab tersebut adalah salah atau ayah Aminadab ada 2 orang. "Ram mempunyai anak, Aminadab" (dalam kitab Matius) bisa diartikan bahwa Aminadab adalah keturunan Ram, bisa jadi di sini Ram sebagai kakeknya atau generasi di atasnya. Hal ini disebabkan karena biasanya orang Yahudi menuliskan silsilah bukanlah berdasarkan urutan-urutan keturunan langsung tetapi berdasarkan nama-nama orang yang terkemuka dalam satu silsilah. Demikian halnya dengan nama-nama lainnya di dalam silsilah Yesus.

Demikian jawaban kami, sekali lagi kami mengucapkan terima kasih atas surat dan perhatian serta dukungan Saudara kepada LAI. Semoga Tuhan Yesus memberkati kita semua.

Hormat kami,
Lembaga Alkitab Indonesia
Departemen Penerjemahan



Pdt. Dr. Wenas Kalangit
Kepala Departemen

Linknya http://www.permatagbkp.com/forum ... 28&limit=6&start=12

Komentar saya berkenaan jawapan oleh si Ketua LAI:
@dpelawi

Berdasarkan penjelasan di bawah yang telah diberi,

Namun ini juga tidak berarti bahwa salah satu dari kitab tersebut adalah salah atau ayah Aminadab ada 2 orang. "Ram mempunyai anak, Aminadab" (dalam kitab Matius) bisa diartikan bahwa Aminadab adalah keturunan Ram, bisa jadi di sini Ram sebagai kakeknya atau generasi di atasnya. Hal ini disebabkan karena biasanya orang Yahudi menuliskan silsilah bukanlah berdasarkan urutan-urutan keturunan langsung tetapi berdasarkan nama-nama orang yang terkemuka dalam satu silsilah. Demikian halnya dengan nama-nama lainnya di dalam silsilah Yesus.


Lukas menuliskan
anak Aminadab, anak Admin, anak Arni, anak Hezron, anak Peres, anak Yehuda, (Lukas 3:33)

manakala Matius pula menuliskan
Ram memperanakkan Aminadab, Aminadab memperanakkan Nahason, Nahason memperanakkan Salmon, (Matius 1:4)

Atas sebab itu penjelasan tersebut mengatakan "bisa diartikan bahwa Aminadab adalah keturunan Ram, bisa jadi di sini Ram sebagai kakeknya atau generasi di atasnya"

Adakah bermakna ada dalam catatan Lukas silsilah itu lengkap manakala dalam catatan Matius, terdapatnya lompatan generasi dalam silsilah Jesus itu? Adakah itu yang ingin disampaikan oleh penjelasan tersebut?

Saya mengharapkan kamu benar-benar meneliti bible kamu sebelum kamu membuat sebarang tanggapan. Sila lihat semula posting saya bernumber #6275 psda halaman 2.
Dalam posting itu saya telah paparkan bahawa terdapat juga catatan Lukas yang menyamai catatan Matius iaitu mereka mereka menyatakan generasi selepas Arni(@Ram) adalah Aminadab. Jika mereka sepakat, maka kenapa pula kamu atau penjelasan itu mengatakan Ram(@Arni) adalah kakek atau keturunan Aminadab? Sila lihat semula. Saya sertakan di bawah (lihat quoting).
Justeru daripada tulisan itu, jelas mengatakan Lukas memperincikan catatan silsilah tersebut. Namun apa yang tidak disedari atau tidak difikirkan oleh golongan kristian ini adalah terdapatnya catatan oleh Lukas yang menuliskan silsilah Jesus seperti mana yangdituliskan oleh Matius. Sekarang mari kita lihat catatan Lukas di bawah.

Luke 3.33 the son of Amminadab, the son of Ram, the son of Hezron, the son of Perez, the son of Judah,
The New King James Version

Catatan Lukas itu menyamai catatan Matius. Lihat antara Aminadab dan Ram, di mana tiada Admin di antaranya. Justeru jika Lukas dikatakan memperincikan tulisan silsilah itu, maka kenapa pula Matius dikatakan tidak memperincikan catatan silsilah itu apabila menyebut catatan silsilah Jesus oleh Matius di antara Ram dan Aminadab itu?, padahal apa yang dicatatkan oleh Matius itu adalah menyamai apa yang dicatatkan oleh Lukas apabila dilihat dalam bible versi The New King James itu.

Justeru sekarang, apakah golongan kristian ini masih ingin menganggap Matius tidak menuliskan dengan terperinci iaitu tidak seperti mana Lukas yang mencatatkannya dengan terperinci? Jika demikian maka anggapan golongan kristian itu amat tidak berasas kerana bible sendiri memaparkan catatan Lukas berkenaan silsilah Jesus di antara Ram dan Aminadab ini adalah menyamai catatan oleh Matius. Inilah kesannya apabila golongan-golongan kristian ini tidak pernah meneliti bible mereka dengan baik.


Penjelasan itu juga menjelaskan bahawa

[quote] Lembaga Alkitab Indonesia (LAI) adalah lembaga yang menerjemahkan Alkitab ke dalam bahasa Indonesia dan bahasa-bahasa daerah dari teks sumber berbahasa Ibrani Biblia Hebraica Stuttgartensia (untuk Perjanjian Lama) dan bahasa Yunani UBS Greek New Testament (untuk Perjanjian Baru). Dengan demikian, LAI tidaklah mendasarkan terjemahannya dari Alkitab berbahasa Inggris seperti New King James Version, tetapi langsung dari teks sumber. LAI juga tidak memasukkan tafsiran-tafsiran atau bahan-bahan lainnya yang tidak ada di dalam teks sumbernya ke dalam terjemahannya. Apa yang ada di dalam teks sumber, itulah yang diterjemahkan.


Apakah kamu sedar bahawa terdapat juga manuskript PB Yunani yang tidak mencatatkan nama admin di antara Arni(@Ram) dan Aminadab? Saya sertakan di bawah.

Urutan silsilah di Injil Lukas :

Hezron - Arni - Admin - Aminadab - Nahason memang ditemukan pd Alkitab berbahasa Indonesia.

Tp pd 2 manuskrip iaitu Textus Receptus dan Wescott-Hort tidak mengandung urutan silsilah tersebut.

Dlm Textus Receptus, urutannya adalah :
33 Stephens 1550 Textus Receptus
tou aminadab tou aram tou esrwm tou fareV tou iouda

Scrivener 1894 Textus Receptus
tou aminadab tou aram tou esrwm tou fareV tou iouda

Dapat dilihat bahawa kata 'Admin' tidaklah ada.

Dlm Wescott-Hort urutannya adalah :
tou admin tou arni tou esrwm tou fareV tou iouda

Dapat dilihat bahawa kata 'Aminadab' tidaklah ada

Juga lagi

Byzantine Majority
tou aminadab tou aram tou esrwm tou fareV tou iouda

Justeru apakah manuskript-manuskript ini salah apabila tidak menyertakan nama Admin dalam catatan mereka? Bagaimana kamu benar-benar pasti?

Justeru buka minda untuk berfikir dengan baik tanpa bias dan buka hati untuk ikhlas dan jujur dalam menilai sesuatu demi kebenaran.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 10:34 AM | Show all posts
Reply 187# putput


Saya tak jumpa pun bukti tersebut? Jika benar bukti tersebut telah diberi, maka sila kemukakan sekali lagi bukti tersebut di sini. Hanya perlu copy dan paste sahaja.

Jika hanya sekadar mengatakan bukti dan fakta telah diberi, maka budak hingusan yang tidak berilmu pun mampu mengatakan sedemikian.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 11:35 AM | Show all posts
Reply 191# erusi


                        Perbedaan Silsilah Tuhan Yesus Antara Matius 1 Dan Lukas 3                                                                                                                                                                                                                                                                                         
                                        Mengapa terdapat perbedaan silsilah Yesus antara Matius 1 dan Lukas 3?
Matius 1:16   - Lukas 3:23

     
     Baik Matius 1 maupun Lukas 3 sama-sama mencatat silsilah Yesus. Tetapi tampaknya ada satu masalah: Keduanya berbeda.  Silsilah dalam Lukas dimulai dari Adam lalu ke Daud. Sementara Matius memulai dari Abraham hingga Daud. Ketika keduanya sama-sama sampai ke Daud, terjadilah perpisahan nama anak Daud yang disebutkan: Natan (dari garis silsilah Maria) dan Salomo (dari garis Yusuf).
     Tidak terdapat kontradiksi di sini karena yang satu merupakan garis silsilah dari pihak Maria sementara yang satunya lagi dari pihak Yusuf. Dan merupakan kebiasaan di kalangan orang Yahudi untuk menyebutkan suatu silsilah dengan menggunakan nama ayah meskipun jelas jelas garis keturunan itu ditarik dari sisi ibu.
     Beberapa pengkritik mungkin tidak akan pernah menerima penjelasan ini. Tetapi, mereka seharusnya menyadari lebih dahulu bahwa Alkitab harus ditafsirkan menurut konteks dari gaya penulisan (sastranya), budaya, dan sejarah. Memecahkan garis silsilah dari sisi ibu maupun bapak dengan tetap menyebut kedua-duanya dengan nama bapak merupakan suatu hal yang biasa terjadi dan diterima oleh budaya Timur Dekat karena umumnya sering dianggap tidak sopan jika membicarakan seorang wanita tanpa memperhatikan syarat-syarat tertentu, seperti: kehadiran suaminya, dll. Karena itulah, silsilah yang satu adalah dari sisi Maria yang satu lagi dari sisi Yusuf. Meskipun kedua-duanya menyebutkan Yusuf sebagai orang tua langsung Yesus. Dengan kata lain, Maria telah diperhitungkan sebagai "bagian/ di dalam" nama Yusuf sebagai kepala keluarganya. Kedua, apakah para pengkritik itu sungguh-sungguh berpikir bahwa para pengumpul kitab-kitab Perjanjian Baru, dan sekaligus merupakan pihak yang percaya bahwa Alkitab tidak mengandung kesalahan, bisa sampai tidak memperhatikan perbedaan yang mencolok ini? Apakah memang ada orang yang berpikir bahwa orang Kristen memang sebegitu konyolnya sehingga mereka tidak sadar bahwa terdapat perbedaan dalam daftar silsilah Yesus, menutup mata mereka lalu menempatkan kedua Injil itu begitu saja dalam kanon dan berharap tidak ada orang yang akan memperhatikan hal ini? Tentu tidak. Mereka tahu persis konteks kultural dan tidak menganggap hal ini sebagai masalah karena mereka tahu bahwa yang satu memang dari sisi Yusuf dan yang lain dari sisi Maria. Ketiga, perhatikanlah bahwa Lukas memulai dengan Maria lalu menelusuri hingga ke Adam. Matius mulai dari Abraham dan menelusuri hingga Yusuf. Tujuan penulisan dari kedua silsilah ini jelas berbeda sebagaimana perbedaan gaya penulisan keduanya. Lukas tidak menujukan Injilnya kepada orang Yahudi sementara Matius menuliskannya untuk orang Yahudi. Karena itulah, Matius harus memakai silsilah yang resmi (dari Abraham melalui Daud) sementara Lukas dari sisi biologisnya (dari Adam melalui Daud). Juga, perhatikanlah bahwa ketiga pasal pertama dari Injil Lukas menyebutkan Maria hingga 11 kali; karena itulah, silsilah Yesus dimulai Lukas dari Maria.  Keempat, perhatikanlah Lukas 3:2, "Ketika Yesus memulai pekerjaan-Nya, Ia berumur kira-kira tiga puluh tahun dan menurut anggapan orang, Ia adalah anak Yusuf, anak Eli," Pemakaian frase "menurut anggapan orang" menunjukkan bahwa silsilah ini memang diurutkan dari sisi Maria karena frase ini menunjukkan bahwa Yesus bukanlah anak biologis dari Yusuf.  
     Akhirnya, dalam silsilah Yusuf terdapat seseorang yang bernama Yekhonya. Allah telah mengutuk Yekhonya, dengan menetapkan bahwa tidak ada seorang pun dari keturunannya yang akan duduk di atas tahta Daud,"Beginilah firman TUHAN: "Catatlah orang ini sebagai orang yang tak punya anak, sebagai laki-laki yang tidak pernah berhasil dalam hidupnya; sebab seorangpun dari keturunannya tidak akan berhasil duduk di atas takhta Daud dan memerintah kembali di Yehuda." (Yeremia 22:30). Tetapi Yesus, tentu saja, akan duduk di atas tahta Kerajaan Sorga. Hal ini karena Yesus memang bukan keturunan biologis dari Yekhonya, tetapi keturunan Daud dari garis lain -- yaitu garis Maria. Karenanya, nubuat dan kutukan terhadap Yekhonya tetap berlaku tanpa cacat. Tetapi, Yusuf yang secara sah mengadopsi Yesus sebagai anaknya menyebabkan Yesus diakui secara hukum sebagai anak Yusuf tanpa perlu melanggar kutuk biologis tersebut. Karena itulah diperlukan pengungkapan dua silsilah: satu dari sisi Maria (garis biologis yang aktual sesuai dengan nubuatan) dan garis yang resmi secara hukum melalui Yusuf.
     Lagi pula, gereja mula-mula telah mengetahui hal ini sehingga mereka tidak menganggap kedua silsilah ini bermasalah. Masalah hanya muncul di benak pada pengkritik yang telah menyempitkan pandangan mereka semata hanya kepada hal-hal literal (yang tertulis) dan memaksakan bahwa kedua silsilah ini adalah berkontradiksi sementara kita mempunyai penjelasan yang memadai tentang hal ini.

   
LUKAS -  Adam, ayah Set, ayah Enos, ayah Kenan, ayah Mahalaleel, ayah Yared, ayah Henikh, ayah Metusalah, ayah Lamekh, ayah Nuh, ayah Sem, ayah Arpakhsad, ayah Kenan, ayah Salmon, ayah Eber, ayah Peleg, ayah Rehu, ayah Serug, ayah Nahor, ayah Terah, ayah Abraham

MATIUS - Abraham, ayah Ishak, ayah Yakub, ayah Yehuda, ayah Peres, ayah Hezron, ayah Ram, ayah Adminadab, ayah Nahason, ayah Salmon, ayah Boas, ayah Obed, ayah Isai --  ayah Daud

(Maria)  LUKAS                    Daud, ayah                          (Yusuf)  MATIUS
Natan                                                                                    Solomo
Matata                                                                                  Rehabeam
Mina                                                                                     Abia
Melea                                                                                     Asa
Elyakim                                                                                   Yosafat
Yonam                                                                                    Yoram
Yusuf                                                                                     Uzia
Yehuda                                                                                    Yotam
Simeon                                                                                      Ahas
Lewi                                                                                     Hizkia
Matat                                                                                   Manasye
Yorim                                                                                    Amon
Eliezer                                                                                    Yosia
Yesua                                                                                 Yekhonya
Er                                                                                  Sealtiel
Elmadam                                                                                 Zerubabel
Kosam                                                                                  Abihud
Adi                                                                                 Elyakim
Malkhi                                                                                    Azor
Neri                                                                                   Zadok
Sealtiel                                                                                   Akhim
Zerubabel                                                                       Eliud
Resa                                                                                  Eleazar
Yohanan                                                                                  Matan
Yoda                                                                                 Yakub
Yosekh                                                                                 Yusuf
Simei                                           Yusuf mengadopsi Yesus sebagai  anaknya
                                                sendiri sehingga memberi-Nya hak secara
                                                hukum meneruskan nama bapak-Nya
Matica       
Maat       
Nagai       
Hesli       
Nahum       
Amos       
Matica       
Yusuf       
Yanai       
Malkhi       
Lewi       
Matat       
Eli       
menurut anggapan orang dari Yusuf (seharusnya Maria)
                                           YESUS

Sumber: Christian Apologetics and Research Ministry (CARM)                               
                       
                                       
                                                                       
                                                                        Last edited by ERGE; 17th May 2005 at 05:54 PM.                                                                                       
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 01:17 PM | Show all posts
kes ni bukan baru..dah lama dah...Alkitab tetap sama, apa2 pengkritik2 cuba lakukan sebenarnya Alkitab ada mempunya jawapanya yang jelas. sekian
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 11:34 PM | Show all posts
kes ni bukan baru..dah lama dah...Alkitab tetap sama, apa2 pengkritik2 cuba lakukan sebenarnya Alkitab ada mempunya jawapanya yang jelas. sekian


asyik nak kata ada fakta dan jawapan jelas ... tapi mana jawapannya ???
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 08:29 AM | Show all posts
Reply 193# putput



Kamu sebenarnya baca atau tidak persoalan saya putput? Kelihatannya kamu mengemukakan penjelasan yang tidak berkaitan dengan persaolan saya. Saya perjelaskan, saya mengemukakan persoalan di dalam thread bertajuk "Kesalahan dalam bible" adalah berkenaan dengan perbezaan catatan silsilah Jesus di antara Matius dan Lukas bagi generasi di antara Arni atau Ram hingga ke Aminadab. Namun sebaliknya kamu mengemukakan penjelasan berkenaan perbezaan silsilah Jesus antara Matius dan Lukas bagi generasi di antara Daud hingga Jesus yang terpisah kepada dua garis silsilah iaitu melalui Natan dan Solomo. Saya tertanya-tanya, apakah kamu tidak tahu generasi Arni atau Ram hingga Aminadab itu berada di garis silsilah di peringkat mana? Jika kamu tidak tahu maka sila periksa semula supaya kamu kelak tidak mengemukakan penjelasan yang tidak berkaitan dengan persoalan yang dikemukakan.

Saya maklumkan bahawa generasi Arni atau Ram hingga Aminadab itu adalah berada di antara generasi Abraham hingga Daud. Bukannya berada di antara generasi Daud hingga Jesus. Garis silsilah Jesus di antara Abraham hingga Daud itu hanya mempunyai satu garis silsilah sahaja, dan bukannya dua garis silsilah seperti antara Daud hingga Jesus. Justeru walaupun garis silsilah Jesus antara Abraham hingga Daud itu mempunyai satu garis silsilah sahaja, namun catatan antara Matius dan Lukas adalah saling berbeza khususnya bagi generasi di antara Arni atau Ram hingga ke Aminadab. Rujuk di bawah.
anak Aminadab, anak Admin, anak Arni, anak Hezron, anak Peres, anak Yehuda, (Lukas 3:33)
Ram memperanakkan Aminadab, Aminadab memperanakkan Nahason, Nahason memperanakkan Salmon, (Matius 1:4)
Catatan Lukas 3:33 menpunyai nama Admin, manakala catatan Matius 1:4 tidak mempunyai nama Admin. So ini adalah satu percanggahan. So inilah yang saya persoalkan, bukannya saya mempersoalkan catatan silsilah Jesus oleh Lukas dan Matius selepas generasi Daud. Justeru sila fahami dengan baik persoalan saya itu.
Makanya jika penjelasan berkenaan dengan perbezaan silsilah Jesus selepas Daud itulah yang kamu maksudkan sebagai bukti dan fakta yang telah dikemukakan, makanya saya maklumkan bahawa bukti dan fakta tersebut tidak sesekali menyentuh persoalan sebenar yang saya kemukakan kerana saya tidak mempersoalkan perkara yang kamu kemukakan penjelasan tersebut.
So putput jika kamu masih tidak memahami apa yang saya nyatakan ini, maka saya sarankan kamu membaca dulu persoalan saya itu di dalam thread “kesalahan dalam bible” dan seterusnya sila periksa di dalam bible kamu itu di manakah generasi Arni atau Ram hingga generasi Aminadab berada, supaya kelak kamu memahami silsilah Jesus di peringkat mana yang saya persoalkan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2010 08:56 AM | Show all posts
jadi apa kesimpulan yg kamu berikan bila nampak hal2 seperti itu? itukan hanyalah kesilapan fakta ( kalau saya silap saudara2 saya yg lain sila betulkan )  kan dah bagi tau penulis2 adalah manusia, kalau dari segi akidah kepercayaan hal seperti ini tidak akan mengugat keimanan kami. lainlah kalau sebagai contoh si A mengatakan " Tuhan itu satu" lalu si B mengatakan "Tuhan itu 3" nah! ini sememangnya memesongkan akidah kepercayaan iman kami. jadi hal2 yg saudara kemukakan itu bagi kami tidak membawa apa2 perubahan pada keimanan pada kami. kami faham org2 diluar sana memang mencari2 kesilapan untuk dijadikan sandaran untuk mengugat keimanan kami..kami faham itu semua...sekian . salam!

MERRY CHRISTMAS PADA SEMUA!
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 09:18 AM | Show all posts
Reply 197# putput


jadi apa kesimpulan yg kamu berikan bila nampak hal2 seperti itu? itukan hanyalah kesilapan fakta ( kalau saya silap saudara2 saya yg lain sila betulkan ) kan dah bagi tau penulis2 adalah manusia, kalau dari segi akidah kepercayaan hal seperti ini tidak akan mengugat keimanan kami. lainlah kalau sebagai contoh si A mengatakan " Tuhan itu satu" lalu si B mengatakan "Tuhan itu 3" nah! ini sememangnya memesongkan akidah kepercayaan iman kami. jadi hal2 yg saudara kemukakan itu bagi kami tidak membawa apa2 perubahan pada keimanan pada kami. kami faham org2 diluar sana memang mencari2 kesilapan untuk dijadikan sandaran untuk mengugat keimanan kami..kami faham itu semua...sekian . salam!




Sekarang kamu sudah mahu mengakui bahawa kesilapan fakta telah wujud dalam bible kamu. Justeru benarlah dakwaan saya bahawa unsur-unsur kepalsuan telah wujud dalam bible kamu. Jadi benarlah bahawa bible itu telah dipalsukan.

Justeru mana lagi ayat yang silap seperti ayat silsilah Jesus itu? Bagaimana dengan ayat ajaran dan doktrin dalam bible itu? Jika ayat silsilah Jesus itu sudah kamu akui terdapatnya kesilapan fakta atau dengan kata lain kesalahan, maka atas dasar apa kamu beranggapan ayat-ayat lain itu mustahil salah?
Sekarang kamu sudah akui bahawa kesilapan telah wujud dalam bible iaitu ayat silsilah Jesus itu. Justeru ayat silsilah Jesus itu pastinya sudah tidak menyamai ayat dalam autograph bible yang ditulis oleh penulis asalnya. Kerana ayat dalam autograph bible tersebut mustahil salah kerana dikatakan penulisnya menulis dengan bimbingan daripada roh kudus. Justeru bagaimana dengan ayat-ayat yang lain? Bagaimana kamu dapat mengesahkan bahawa ayat ayat lain itu masih menyamai ayat dalam autograph bible yang ditulis oleh penulis asalnya jika ayat dalam silsilah Jesus itu sudah kamu akui wujudnya kesilapan dan sudah tidak menyamai ayat dalam autographnya?

Apa rujukan yang kamu gunakan untuk mengesahkan perkara tersebut. Atau kamu hanya berprasangka semata-mata?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 10:20 AM | Show all posts
Reply 198# erusi


  "fakta" saya,  itu pendapat peribadi saya dan boleh dijelaskan oleh yg lain. saya tiada info tentang itu. blum cukup saya perolehi. tak ada kaitan tentang kepalsuan keseluruhanya. contoh lagi satu. di depan anda ada sebuah plan rumah dengan keluasan 40' x 70' beserta gambarajah plan rumah tu sekali. dan di tangan kontraktor, plan yang sama gambarajah yg sama tapi tertulis keluasan rumah adalah 35' x 70'. jadi adakah anda mengatakan plan ditangan kontraktor itu juga palsu? dan adakah anda dan kontraktor itu akan bergaduh besar dan menuduh kontraktor itu menipu dan membatalkan projek rumah tersebut?! tidak bukan  . kerana itu hanyalah dari segi teknikal. mungkin pembuat pelan terlupa nak ammend ukuran rumah tersebut, kurang updated. atau apa2 hal yg pasti. namun plan rumah tersebut tetap diteruskan juga bukan
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 10:35 AM | Show all posts
jadinya apa dalam pikiran kamu apabila nampak2 salasilah yg tidak sama itu? adakah injil memberitahu " saya telah dipalsukan, jangan percaya saya"...? kalau betul ada nampak perselishan salasilah kenapa pembuat injil tak diubah sampai sekarang? ada penjelasan disitu sebenarnya tapi kamu tak mempercayainya. dan kenapa penganut kristian masih juga yang terbesar didunia dan masih tetap bertambah, masih juga dimana2 muslim masuk kristian...?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.105569 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list