CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 622|Reply: 2

[Sabah] 527 PATI Filipina Diusir Ke Negara Asal

[Copy link]
Post time 2-10-2022 12:13 PM | Show all posts |Read mode


SANDAKAN : 527 pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina dihantar pulang ke negara asal dengan menaiki feri MV-Antonia 1 melalui Pelabuhan Sandakan, Rabu lalu.

Pengarah Imigresen Sabah, Sitti Saleha Habib Yusoff berkata ini program penghantaran pulang ketiga membabitkan PATI warga Filipina ke negara asal, bulan ini yang dikendalikan Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah.

Katanya, kesemua PATI berkenaan adalah sebelum ini ditahan di 4 depot Imigresen di Kota Kinabalu, Papar, Depot Sandakan dan Tawau.

“Kesemua tahanan ini dipindahkan dengan selamat dan selesai diiringkawal masuk sehingga ke dalam Vessel Laut MV-Antonia 1 pada kira-kira 9.15 malam,” katanya dalam satu kenyataan media.

PATI yang dihantar pulang terdiri 383 lelaki, 106 wanita dan selebihnya kanak-kanak.

”Semua tahanan perlu melalui proses tapisan kesihatan yang ketat termasuk ujian saringan COVID-19 dan proses pengasingan bagi suatu tempoh yang ditetapkan bagi memastikan tiada penularan jangkitan COVID-19 sebelum penghantaran pulang dilaksanakan,” katanya.

Menurut beliau, sebahagian besar tahanan telah melengkapkan dos vaksin serta mendapatkan vaksin penggalak.

Kesemua PATI yang ditahan telah melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan – Peraturan Imigresen 1963.


https://www.sabahpost.net/2022/09/30/527-pati-filipina-diusir-ke-negara-asal/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2022 01:58 PM | Show all posts
bagus...ptt hantar 100% dlm lokap tu

btw belen tggl bape K dlm tahanan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 11:29 AM | Show all posts
blacklist terus lepas hanta tu tak boleh ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.046233 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list