CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Johor] Cubaan seludup rokok bernilai lebih RM10 juta gagal

[Copy link]
Post time 2-10-2022 02:21 PM | Show all posts |Read mode

SAZALI Mohamad menunjukkan rokok putih tidak bercukai yang dirampas ketika sidang media di Menara Kastam di sini, hari ini. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN

Johor Bahru : Rokok putih tidak bercukai dianggar bernilai lebih RM10 juta dipercayai diimport dari China untuk dibawa ke Pelabuhan Kota Kinabalu, Sabah, dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor, Khamis minggu lalu.

Kontena lebih 12 meter yang membawa rokok berkenaan ditahan kira-kira jam 11.20 pagi ketika transit di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelanag Patah di sini.

Pengarah Kastam Negeri Johor, Sazali Mohamad berkata, anggota Bahagian Penguatkuasaan Gelang Patah, JKDM Negeri Johor sebelum itu melakukan pemeriksaan ke atas kontena terbabit selepas imbasan dilakukan terhadap kontena itu menunjukkan imej yang meragukan.


Menurutnya, kontena itu diikrarkan membawa pelbagai jenis barangan antaranya lampu, aksesori komputer, peralatan bakeri, peralatan bayi dan pemanggang BBQ elektrik.

"Pemeriksaan imbasan mendapati imej diimbas tidak sama seperti yang diikrarkan.

"Hasil pemeriksaan kemudiannya mendapati terdapat 9.18 juta batang rokok putih dengan dua jenama dipercayai tidak berkastam yang diimport dari luar negara.

"Rokok ini dipercayai dari China dan mereka transit di PTP, memandangkan destinasi terakhir yang diikrar dalam manifest (senarai kargo) adalah di Pelabuhan Kota Kinabalu, Sabah," katanya ketika sidang media di Menara Kastam, di sini, hari ini.

Menurut Sazali, rokok yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM3.67 juta, manakala jumlah duti atau cukai yang terbabit adalah sebanyak RM6.42 juta, menjadikan keseluruhan nilai rampasan termasuk cukai adalah berjumlah lebih RM10 juta.

Pada masa sama, Sazali berkata, modus operandi sindiket itu adalah dengan membuat pengikraran tidak benar dalam manifest mereka sebelum menjadikan PTP sebagai lokasi 'transhipment' sebelum dihantar ke lokasi lain bagi mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Zon Bebas (Pindaan) 2019 dan Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 kerana membuat pengikraran tidak benar dalam manifest dan mengimport barang larangan tanpa permit.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bih-rm10-juta-gagal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.051076 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list