CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 0

[Sarawak] Perluas kesedaran keselamatan

[Copy link]
Post time 9-10-2022 10:50 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seramai 60 ketua masyarakat dan 39 ahli Kadet Bomba dari empat sekolah menyertai Program Kita Selamat 2022 anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Petronas Carigali di Hotel Marriot Miri, kelmarin.

Pengarah Bomba Sarawak Datuk Khirudin Drahman berkata, program itu merupakan penjenamaan semula daripada nama Summer Camp yang bermula 2014 hingga 2021.

“Hasil penjenamaan semula, bermula 2022 (tahun kelapan) telah memperluaskan penyertaan peserta dengan penambahan penyertaan dari peringkat sekolah menengah berbanding sebelum penjenamaan, ia hanya melibatkan ketua masyarakat di Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program Kita Selamat 2022 yang disempurnakan Menteri Pengangkutan yang juga Adun Senadin Datuk Sri Lee Kim Shin di Hotel Marriot Miri, Khamis.

Menurut Khirudin, pelaksanaan program itu dijayakan oleh JBPM Sarawak dan Petronas untuk memberi kesedaran keselamatan kepada peserta.

Sekolah yang turut terlibat ialah Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, SM Sains, SMK Merbau dan SMK Bekenu melibatkan dua fasa. Fasa pertama diadakan pada 17 hingga 18 September lalu di Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dan Eastwood Valley Golf and Country Club manakala Fasa Kedua pada 4 hingga 6 Oktober di Miri Marriot Resort and Spa.

Bagi memantapkan lagi program itu, pihak penganjur katanya menjemput Kementerian Utiliti Sarawak, Sarawak Energy Berhad, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, syarikat insurans bagi memastikan peserta lebih memahami peraturan dan maklumat keselamatan daripada agensi agensi yang dijemput.

Menurutnya, selain program itu, JBPM Sarawak dan Petronas Carigali Sdn Bhd turut mengadakan pelbagai aktiviti dan program untuk kesejahteraan masyarakat terutama di kawasan utara negeri ini.

Antaranya Program Jangkauan dan Bertemu Komuniti serta Program Taklimat Pelan Tindakan Kecemasan Bagi Kawasan Sekitar Laluan Paip (SSGP) di Lawas hingga ke Ba’kelalan.

“Dalam program tersebut, kita telah menyerahkan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada Pasukan Bomba Sukarela Ba’kelalan dan menyerahkan alat pemadam api kepada penduduk kampung di Long Luping, Long Sukang, Long Semadoh dan Kampung Sahabat Baru selain kawasan Ba’kelalan itu sendiri.

“Selain itu, jabatan juga menerima peralatan nyahcemar untuk kegunaan operasi semasa pendemik Covid-19,” katanya.


https://sarawakvoice.com/2022/10/08/perluas-kesedaran-keselamatan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.363578 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list