CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 456|Reply: 0

[Sarawak] Suri rumah rugi RM10,653.20 diperdaya ejen pinjaman wang

[Copy link]
Post time 9-10-2022 11:07 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang suri rumah mengalami kerugian RM10,653.20 selepas diperdaya suspek yang menyamar sebagai ejen pinjaman wang.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata mangsa telah membuat pembayaran wang tersebut ke dalam dua akaun bank dengan lapan transaksi perbankan atas talian bagi urusan proses pinjaman seperti dokumen perbankan, pendaftaran, caj pengurusan dan pembayaran cukai bagi kelulusan segera.

"Mangsa juga dijanjikan pulangan semula wang setelah mendapat kelulusan pinjaman. Selepas membuat pembayaran, mangsa masih ditagih untuk membuat pembayaran lagi dengan pelbagai alasan caj yang perlu dibayar.

"Mangsa berasa curiga dan telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai langkah pencegahan, Zulkipli menasihatkan orang ramai supaya hendaklah membuat pemeriksaan dengan mana-mana bank atau agensi kewangan berdaftar yang berdekatan untuk kepastian dan membuat pertanyaan atau semakan terlebih dahulu agar tidak menjadi mangsa penipuan.

"Orang ramai juga hendaklah lebih peka dengan modus operandi scammer dalam memperdaya orang awam serta membuat keputusan rasional sebelum tindakan dibuat," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/10/09/suri-rumah-rugi-rm1065320-diperdaya-ejen-pinjaman-wang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.099699 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list