CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 545|Reply: 0

[Sarawak] Cahya Mata Sarawak tumpu jadi syarikat multi-nasional yang semakin berkembang

[Copy link]
Post time 9-10-2022 11:27 PM | Show all posts |Read mode


Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata, Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib berucap pada sesi Jamuan Teh Cahya Mata Sarawak bersama media di sini, hari ini.

KUCHING: Cahya Mata Sarawak (Cahya Mata) memberi tumpuan untuk menjadi sebuah syarikat multi-nasional yang semakin berkembang berikutan pelancaran jenama baharunya yang merangkumi identiti dan logo baharu.

Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata, Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib berkata pelancaran itu mencerminkan transformasi berterusan Cahya Mata ketika syarikat itu mengembangkan kehadirannya di peringkat global.

“Sepanjang tahun lepas, kami juga telah menyediakan pasukan pengurusan dan operasi untuk membawa syarikat ke tahap baharu.

“Kami telah memperkukuh akauntabiliti dan integriti di semua peringkat lembaga pengarah dan pengurusan kanan untuk membina budaya tadbir urus yang lebih kukuh,” katanya pada sesi Jamuan Teh Cahya Mata Sarawak bersama media di sini, hari ini.

Logo baharu Cahya Mata telah diumumkan dalam beberapa akhbar tempatan semalam termasuk Suara Sarawak.

Justeru, Sulaiman menyifatkan media bertindak sebagai salah satu pihak berkepentingan Cahya Mata.

Malah, beliau yakin dengan sokongan media, Cahya Mata akan merealisasikan visi untuk menjadi sebuah syarikat multi-nasional yang semakin berkembang dan menjadi sebuah kumpulan kuat yang akan dibanggakan.

“Kami menghargai hubungan, maklum balas dan bimbingan anda dari semasa ke semasa kerana kami juga mempunyai operasi yang memberi perkhidmatan secara langsung kepada orang ramai.

“Pasukan kami bersedia untuk menangani sebarang isu atau aduan yang mungkin timbul daripada komuniti kami,” katanya.

Antara yang hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Cahya Mata Shaun Mok, Ketua Kakitangan Mastura Mansor, Ketua Pegawai Komunikasi Strategik Kanesan Veluppillai, pemangku Ketua Pegawai Kewangan Mukhnizam Mahmud, Ketua Pegawai Maklumat Karl Vick dan Ketua Pegawai Teknikal Siraj Razak.


Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata, Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (duduk, tengah) bersama-sama kakitangan Cahya Mata Sarawak dan media merakamkan gambar kenangan sempena sesi Jamuan Teh Cahya Mata Sarawak bersama media di sini, hari ini.


https://suarasarawak.my/2022/10/cahya-mata-sarawak-tumpu-jadi-syarikat-multi-nasional-yang-semakin-berkembang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.780138 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list