CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 458|Reply: 0

[Sabah] Banjir Sabah: 43 Mangsa Dipindahkan Di Penampang, Keadaan Pulih Di KK

[Copy link]
Post time 10-10-2022 08:12 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan banjir di sekitar daerah Penampang. – Foto Facebook

KOTA KINABALU, 10 Okt : Seramai 43 mangsa banjir daripada 13 keluarga dipindahkan di daerah Penampang, manakala banjir di Kota Kinabalu dan Tuaran semakin pulih setakat pukul 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua mangsa banjir itu dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kebudayaan Penampang yang dibuka pada 7.07 malam semalam.

“Bencana banjir akibat hujan lebat berterusan sejak petang semalam, dan pagi ini trend semasa banjir masih kekal.

“Paras air Sungai Moyoq (di Penampang) sehingga pukul 6 pagi tadi menunjukkan penurunan dan dalam keadaan terkawal. Pemantauan diteruskan sehingga kini,” menurut kenyataan itu.

Sektretariat turut memaklumkan hasil pemantauan di empat lokasi utama banjir di Kota Kinabalu iaitu Kampung Rampaian, Kampung Keliangau, Kampung Tebobon dan Jalan Sepanggar-Kampung Tebobon, didapati telah pulih sepenuhnya pagi ini.

Tinjauan Bernama di Telipok, Rugading dan Gayang yang dilanda banjir di Tuaran semalam juga mendapati situasi banjir semakin pulih.

Cuaca mendung pada pagi ini di Kota Kinabalu dan kawasan pantai barat Sabah, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca hujan di beberapa lokasi pada sebelah petang dan tiada hujan di sebelah malam di kawasan terlibat. – BERNAMA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.229052 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list