CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 625|Reply: 1

JDT bangkit balun Kedah

[Copy link]
Post time 12-10-2022 12:42 AM | Show all posts |Read mode
JDT bangkit balun Kedah


PEMAIN JDT, Syafiq Ahmad mencium bola selepas menjaringkan dua gol manakala Bergson (kana) turut menjaringkan dua gol. FOTO NUR AISYAH MAZALAN


Iskandar Puteri: Johor Darul Ta'zim (JDT) menambah derita Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi memastikan pasukan itu mencetak kekalahan keempat berturut-turut selepas menang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Skuad kendalian Hector Bidoglio yang turun pada perlawanan itu kembali mendapat sentuhan penyerang prolifik, Bergson Da Silva bagi mengukuhkan barisan serangan, namun tanpa kelibat Fernando Forestieri yang diketepikan akibat kecederaan.

Sebaik aksi babak pertama bermula, JDT mengundang cemas pada minit kelima selepas bola umpanan Arif Aiman Hanapi tepat kepada Bergson yang menyepak bola ke arah palang gol.

Sepanjang 30 minit babak pertama, skuad Harimau Selatan lebih kerap menguasai permainan tapi terpaksa berdepan barisan pemain skuad kendalian Aidi Shahrin Sahak yang mengamal corak berkampung di kawasan sendiri.

Namun ketika aksi berbaki seminit untuk ditamatkan, Ronald Ngah Wanja mengejutkan skuad Harimau Selatan selepas bola umpanan Mahmoud Al-Mardi membolehkan Ngah Wanja menyusup masuk ke dalam kotak penalti dan melambungkan bola memerangkap penjaga gol, Farizal Marlias.

Memasuki babak kedua, serangan bertali arus JDT membuahkan hasil apabila pengadil perlawanan, Mohd Hasrul Mohd Amin tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti selepas bola sepakan lintang Corbin Ong terkena tangan Loqman Hakim Marzuki.

Bergson yang mengambil sepakan penalti itu pada minit ke-50 merembat bola tepat ke penjuru kiri untuk menjadikan kedudukan 1-1, yang juga jaringan ke-26 pemain import dari Brazil itu dalam liga.

JDT menyentap usaha Sang Kenari memburu kemenangan apabila memperoleh gol kedua pada minit ke-62 menerusi pemain gantian, Syafiq Ahmad.

Tidak sampai lima minit, Syafiq mencetak gol kedua peribadi, sekali gus meletak skuad Harimau Selatan selesa dengan kedudukan 3-1.

Ketika aksi berbaki dua minit untuk ditamatkan, Bergson menambah koleksi jaringan ke-27 selepas menanduk bola hantaran Safawi Rasid dan kedudukan 4-1 JDT kekal sehingga tamat perlawanan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... bangkit-balun-kedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2022 09:08 AM | Show all posts
hmmm.. amiklah tapau semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.178933 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list