CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 415|Reply: 0

[Sarawak] PRU-15: Sarawak, Sabah jadi kingmaker

[Copy link]
Post time 13-10-2022 07:29 AM | Show all posts |Read mode


SIBU: Sabah dan Sarawak akan menjadi penentu siapa yang akan membentuk kerajaan baharu di peringkat pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Presiden SUPP Dato Sri Dr Sim Kui Hian berpendapat, tiada siapa yang akan dapat membentuk kerajaan baharu kerana keadaan senario politik di Semenanjung Malaysia ketika ini kelihatan sangat huru-hara.

“Kita (Sarawak) mempunyai 31 Ahli Parlimen jadi sesiapa yang ingin membentuk kerajaan memerlukan Sarawak dan Sabah,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan pelancaran University Technology Sarawak (UTS) Smart Home And UTS Smart Home Book di sini, hari ini (Rabu).

Dr Sim yang juga Timbalan Premier Sarawak mengatakan tiada satu parti pun mampu menang selesa pada PRU15 untuk membentuk kerajaan baharu.

Rentetan itu, tegasnya, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg perlu memenangi kesemua 31 kerusi yang dipertandingkan di negeri itu.

“Buat pertama kali dalam tempoh 59 tahun kita (GPS) bersendirian dalam PRU15 kali ini kerana sebelum ini kita bersama Barisan Nasional (BN).

“Jadi…kita perlu memenangi kesemua 31 kerusi untuk suara yang lebih kuat yang membolehkan kita memperjuangkan satu pertiga perwakilan dalam Parlimen mengikut MA63,” katanya yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Adun Batu Kawah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.091817 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list