CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 566|Reply: 1

Neymar boleh dipenjara dua tahun

[Copy link]
Post time 15-10-2022 09:57 AM | Show all posts |Read mode

NEYMAR



BARCELONA: Sebulan menje­lang Piala Dunia 2022, Neymar berdepan ancaman dipenjara dua tahun kerana kes penipuan pemindahannya dari Santos ke Barcelona pada 2013.

Neymar dan Barcelona akan hadir sebagai defendan di mahkamah minggu depan, begitu juga firma pelaburan Brazil DIS, yang telah memfailkan saman.
Bintang penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu dijadual hadir di mahkamah Sepanyol, Isnin ini.

Selain Neymar, pihak lain yang akan hadir sebagai defen­dan ialah ibu bapa Neymar, dua bekas presiden Barcelona, ​​Josep Maria Bartomeu dan Sandro Rosell, dan bekas presiden Santos, Odilio Rodrigues.

Kes itu bermula dengan DIS, yang memiliki 40 peratus pemilikan Neymar semasa dia masih di Santos.



Ketika perpindahan Neymar, Barcelona mendakwa nilai perpindahan Neymar ­‘hanya’ 57.1 juta euro (RM262 juta).


BIARPUN sudah lama meninggalkan Santos, perpindahan Neymar dari kelab Brazil itu ke Barcelona masih mencetuskan kontroversi.

Sejumlah 40 juta euro (RM183.48 juta) telah dibayar kepada keluarga Neymar, dan selebihnya diserahkan kepada Santos.

Ini bermakna DIS hanya menerima 40 peratus daripada 17.1 juta euro (RM78.44 juta) yang diterima Santos, atau sekitar 6.84 juta euro (RM31.38 juta).

Inilah yang membuatkan DIS membantah dan menyaman Neymar, Barcelona dan Santos ke mahkamah, kerana nilai pemindahan pengebom itu lebih daripada angka yang sebenar­nya dipersetujui.



“Hak pemilikan Neymar tidak dijual kepada pembida tertinggi. Terdapat kelab yang menawarkan lebih daripada 60 juta euro,” kata peguam DIS, Paulo Nasser.

Neymar telah menafikan tuduhan itu. Bagaimanapun, pada 2017, dia kalah dalam ­rayuan di Mahkamah Tinggi Sepanyol.

Detik kekalahan Neymar yang kemudian membawa kepada perbicaraan yang akan dia hadapi nanti.

Dipetik oleh BolaSport.com dari ESPN, firma guaman Baker McKenzie, yang merupakan peguam Neymar, akan menggunakan hujah bahawa mahkamah Sepanyol tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendakwa pemain dan keluarganya kerana, perpindahan Neymar melibatkan warga Brazil dan dijalankan di negara Samba.



Wakil ­Baker McKenzie juga berhujah bahawa hak pemilikan DIS kepada Neymar tidak meliputi perpindahan pemain.

“Peraturan pertandingan bebas tidak terpakai kerana perpindahan pemain bergantung kepada pilihan mereka.

“Seorang pemain bukan perkhidmatan atau komoditi. Dia yang mempunyai kehendak bebas,” kata McKenzie.

Neymar berdepan hukuman penjara dua tahun dan denda 10 juta euro (RM45.87 juta).

Sandro Rosell berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun, manakala Barcelona berdepan prospek denda 8.4 juta euro (RM38.53 juta). – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... ipenjara-dua-tahun/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2022 08:04 AM | Show all posts
tengok dp sis. sama kan dgn OKT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.044111 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list