CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 374|Reply: 0

[Pulau Pinang] ICR sediakan protokol kajian ubat berasaskan kanabis

[Copy link]
Post time 18-10-2022 08:08 PM | Show all posts |Read mode
ICR sediakan protokol kajian ubat berasaskan kanabis

18 Oktober 2022  02:51pm






Dr Muhammad Radzi (tengah) bergambar bersama hadirin pada Majlis Perasmian Persidangan Kajian Klinikal Kebangsaan 2022 Ke-15 (NCCR) pada Selasa.- Foto Bernama




GEORGE TOWN - Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) sedang menyediakan protokol berhubung kajian untuk ubat berasaskan kanabis dan beberapa prosedur lain sebelum ia dibenarkan digunakan dengan selamat untuk pesakit.

Pengarahnya, Datuk Dr P.Kalaiarasu berkata, proses itu juga perlu melalui beberapa kajian dan memenuhi syarat-syarat tertentu kerana membabitkan kegunaan pesakit.

"Memang ada pertanyaan berkaitan penyelidikan kanabis iaitu yang dikaitkan dengan kanabis perubatan, dalam suasana sekarang perlu ada data yang sesuai berhubung perkara itu kerana ia untuk kegunaan pesakit (digunakan dengan selamat untuk merawat penyakit).

"ICR telah memulakan perbincangan dengan pakar perubatan dari segi penyediaan protokol dan seterusnya kami berbincang dengan pakar-pakar dari luar negara untuk pengendalian kaji selidik kanabis perubatan itu bagi kegunaan di sini (Malaysia)," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Persidangan Kajian Klinikal Kebangsaan ke-14 2022 (NCCR2022) oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Mengulas lanjut, Kalaiarasu berkata, dalam proses pembentukan protokol, pihaknya perlu meneliti beberapa aspek termasuk etika, penggunaannya dan kesan sampingan penggunaan ubat berasaskan kanabis sebelum mendapatkan kelulusan.

Beliau berkata, seterusnya pihaknya juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, pengguna dan pakar untuk mendapatkan penjelasan dari segi kajian terlebih dahulu.

"Walaupun negara lain telah menggunakan kanabis untuk perubatan, kita perlu data paling tepat untuk dalam negara dan ICR berperanan membuat kajian sebelum membawanya kepada penggunaan dan dari segi penyelidikan serta padanan yang diperoleh (hasil kajian).




"Dari situ ia dapat jana data sama ada sesuai digunakan atau sebaliknya, kita perlu teliti kesesuaian tersebut dan seterusnya kita lihat kepada keadaan sama ada pakar perubatan boleh menggunakannya untuk kajian berkenaan," katanya.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuka pendaftaran bagi ubat berasaskan kanabis jika terdapat bukti kukuh bahan itu boleh digunakan dengan selamat dan berkesan dalam merawat pesakit.

Beliau dilaporkan berkata ICR di bawah Institut Kesihatan Kebangsaan sedang mengadakan semakan dan perbincangan bersama pakar-pakar terutamanya dalam bidang ekologi dan rawatan paliatif. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.408442 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list