CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Kedah] Banjir di Langkawi: 61 penduduk di PPS

[Copy link]
Post time 19-10-2022 11:38 AM | Show all posts |Read mode

APM Langkawi memantau kejadian air naik di Kampung Kuala Teriang, Langkawi. FOTO ihsan APM

Langkawi: Banjir yang masuk hari keempat di sini, terus merekodkan pertambahan mangsa apabila seramai 61 penduduk terpaksa dipindahkan, setakat 8.30 pagi hari ini.

Jumlah itu adalah peningkatan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Syifa, Padang Matsirat, berbanding hanya 49 orang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Ahmad Shahfikri Darus berkata, mangsa di PPS ketika ini membabitkan 17 keluarga terdiri 34 lelaki dan 27 wanita.


"Daripada jumlah itu, seramai 27 lelaki dan 22 wanita terdiri mangsa dewasa, manakala tujuh lelaki dan lima perempuan membabitkan kanak-kanak.

"Mereka dari lima kampung iaitu Kampung Atas, Limbung Putra, Buluh Penyumpit, Bukit Kemboja dan Bohor Masjid," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ahmad Shahfikri berkata, pertambahan 12 mangsa pada hari ini membabitkan Kampung Bohor Masjid berikutan kediaman mereka dinaiki air susulan hujan berterusan sejak semalam.

"Ramalan cuaca hari ini dijangka hujan renyai pada sebelah petang, manakala petang dijangka cerah dan hujan di satu dua tempat pada sebelah malam.

"Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) di talian 04-9611474 sentiasa beroperasi untuk menerima panggilan kecemasan berkaitan rumah dinaiki air, pokok tumbang dan tanah runtuh," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -61-penduduk-di-pps

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.056633 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list