CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 434|Reply: 0

[Johor] Bekalan hasil laut mencukupi pada musim tengkujuh

[Copy link]
Post time 19-10-2022 05:04 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Sufian (kiri) mendengar penerangan daripada Pengetua SMK Bandar Mas Affandi (dua, kanan) mengenai kolam ternakan ikan pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Sijil myGap Hatceri PVMA Akuakultur. FOTO BERNAMA

Kota Tinggi: Jabatan Perikanan memberi jaminan bahawa bekalan harian hasil laut negara adalah mencukupi semasa musim tengkujuh tahun ini.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Datuk Mohd Sufian Sulaiman berkata, pihaknya juga terus giat menjalankan pelbagai program bagi mengukuhkan lagi jaminan itu, antaranya dengan terus melabuhkan tukun dalam usaha menambah sumber hasil laut.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga telah memaklumkan kepada penternak ikan sangkar dan kolam agar sentiasa bersedia untuk mengeluarkan hasil laut mereka sekiranya berlaku banjir.

"Penternak kolam dan sangkar perlu bersedia, mana-mana hasil laut seperti ikan, udang yang sudah sedia untuk dikeluarkan atau harvest, perlu dikeluarkan sekarang, bagi mengelakkan mereka daripada mengalami kerugian.


"Jadi bila dikeluarkan (hasil laut), bekalan itu ada, bagi saya tiada isu yang ketara berhubung ketiadaan bekalan," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Malaysia Good Agricultural Practice (MyGAP) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Mas, di sini hari ini.

Sementara itu Mohd Sufian berkata, SMK Bandar Mas yang mempunyai pusat penetasan ikan, merupakan sekolah pertama di negara ini yang menerima sijil MyGAP daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

Beliau berkata MyGAP yang sebelum ini kenali sebagai Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM), bermatlamat memastikan penghasilan produk akuakultur selamat dimakan, berkualiti, tanpa memudaratkan persekitaran dan kebajikan haiwan, serta mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ada-musim-tengkujuh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55421 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 41606 Replies : 1607
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 99496 Replies : 4
'Tunggulah kenyataan', UMNO bantah Zafrul masuk PKR
maklukpenggoda'Tunggulah kenyataan', UMNO bant
Views : 46435 Replies : 15
Polis Indon bikin malu
maklukpenggodaPolis Indon bikin malu
Views : 78319 Replies : 33
Kenaikan harga santan dijangka berlanjutan hingga Aidilfitri - Peniaga
ultra78Kenaikan harga santan dijangka berlanjut
Views : 92461 Replies : 26
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 29561 Replies : 218
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8427 Replies : 327
Keluarga mungkin kena jual tanah bayar bil guaman kes pil kuda
maklukpenggodaKeluarga mungkin kena jual tanah bayar b
Views : 48741 Replies : 164

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.893111 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list