CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 672|Reply: 1

'Kebudak-Budakan', Kali Pertama Peter Schmeichel Kecewa Dengan Cristiano Ronaldo

[Copy link]
Post time 21-10-2022 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Bekas penjaga gol Manchester United, Peter Schmeichel mengakui kecewa dengan tingkah laku Cristiano Ronaldo semasa kelab itu menang 2-0 ke atas Tottenham Hotspur, sambil menyifatkan tindakan 'kebudak-budakan' pemain Portugal itu merupakan gangguan di Old Trafford.


Ronaldo sebelum itu keluar meninggalkan stadium dengan menyusuri terowong ketika perlawanan berbaki beberapa minit selepas sekali lagi diletakkan di bangku simpanan oleh pengendali Erik ten Hag.


Tindakan 'kebudak-budakan' Ronaldo mencemarkan malam mengagumkan para pemain Manchester United yang mengatasi Spurs kendalian Antonio Conte.




Balls.ie





"Tindakan dia (Cristiano Ronaldo) meninggalkan pasukan seperti itu mencipta segala yang kita tidak mahu pada masa ini. Dia pasti tahu itu akan menjadi tajuk utama.


“Saya boleh katakan ini kali pertama saya kecewa dengannya. Biasanya saya sokong dia, saya faham situasi dia.


"Isu di sini ialah apakah dia pemain yang begitu besar, apakah kehadiran dia yang begitu besar. Adakah kes ini disebabkan hanya kerana dia tidak bermain atau sebaliknya? Saya tidak tahu," kata Schmeichel.


Pemain berusia 37 tahun, yang telah menjaringkan 103 gol Liga Perdana Inggeris untuk United, hanya memulakan dua perlawanan liga musim ini, namun menjadi pemain tetap dalam Liga Europa.


Selepas permulaan yang sukar, ten Hag telah mula mengembalikan kecemerlangan Manchester United dan Schmeichel berkata, tumpuan perlu diberikan kepada proses mengekalkan kemajuan kelab.


"Kami telah mendapatkan Erik ten Hag sekarang yang mempunyai idea yang sangat jelas tentang cara dia mahu bermain bola sepak. Kami memerlukan pemahaman dan masa daripada semua orang termasuk dia.


"Kami tidak memerlukan gangguan seperti (Ronaldo) itu, dan tindakan tersebut amat mengecewakan saya," kata Schmeichel.


Manchester United berada di tangga kelima, lapan mata di belakang pendahulu Arsenal, namun hanya satu mata di belakang Chelsea di tangga keempat.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2022 08:22 PM | Show all posts
Patut gunakan status dia sebagai senior player untuk naikkan semangat rakan pasukan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.557965 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list