Post Last Edit by zafira at 13-10-2010 13:48
Salam, nak tanya kot2 kalau tahu prosidur macamana nak delete nama peminjam kedua dengan pihakbank di Loan Agreement.
Beberapa tahun lalu saya ada membuat pinjaman bank bagi membeli rumah. Memandangkan pada ketika itu gaji saya tidak mencukupi bagi melayakkan saya mendapat jumlah pinjaman yang dipohon, maka saya terpaksa join loan dengan saudara saya sebagai peminjam kedua walaupun saya yang membuat bayaran balik tiap-tiap bulan. Loan Agreement dengan pihak bank adalah di atas nama saya dan saudara saya. Sales & Purchase Agreement pula di atas nama saya.
Tujuan saya buat begini ialah sebab syarikat saya bekerja memberi kemudahan tuntutan subsidi perumahan yangdibayar setiap bulan kepada pekerjanya. Antara syarat2nya ialah Loan Agreement & Sales & Purchase Agreement mestilah di atas nama pekerja (nama saya).
Perlukan advise sesiapa yang arif tentang hal ini
Terima kasih. |