CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

Gol ke-100 Rashford ceriakan Man United

[Copy link]
Post time 31-10-2022 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Gol ke-100 Rashford ceriakan Man United


RASHFORD meraikan jaringannya. FOTO AFP


Manchester: Marcus Rashford mengakui golnya yang ke-100 untuk Manchester United adalah 'saat yang indah' selepas penyerang England itu meledak gol tunggal ketika menewaskan West Ham 1-0, awal pagi tadi.

Rashford yang menjaringkan gol minit ke-38, muncul salah seorang pemain United yang paling cemerlang musim ini selepas beberapa tahun melalui kempen yang suram.

Bagaimanapun belum ada sebarang jaminan pemain berusia 24 tahun itu akan mendapat tempat bersama skuad England ke Qatar untuk Piala Dunia pada hujung November.

Rashford, yang diketepikan daripada skuad Liga Negara-Negara, mengambil peluang di Old Trafford untuk mengingatkan bos Three Lions, Gareth Southgate mengenai kualiti yang ada padanya.

Dengan Southgate menyaksikan perlawanan itu dari tempat duduk penonton, gol ketujuh Rashford dalam semua pertandingan musim ini mungkin mampu memikat pengurus England itu untuk menamakannya dalam skuad Piala Dunia.

"Ia perasaan yang sangat indah dan bermain difikiran saya sejak beberapa perlawanan lalu. Saya menunggu hari istimewa ini dan bersyukur ia dapat dilakukan hari ini.

"Saya merasakan perlu menjaringkan lebih banyak gol seperti itu dan terus menepati sasaran. Ia sentiasa bagus untuk menjaringkan gol tanpa mengira sama ada Gareth Southgate menyaksikannya atau tidak," katanya.

Selepas menjaringkan gol menentang Sheriff di saingan Liga Europa, Rashford berkata pengendali United, Erik ten Hag sering melonjakkan semangatnya kerana beliau sentiasa menyokong kebangkitannya.

"Suasana di sekeliling kelab dan ketika sesi latihan sangat berbeza. Ia menyebabkan saya lebih selesa.

"Saya sangat bermotivasi ketika ini. Tahun lalu kadang-kadang saya bergelut dengan perkara di luar padang dan tidak fokus sepenuhnya," kata Rashford.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ceriakan-man-united

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.198204 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list