CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 0

Benteng Selangor FC perlu sentiasa waspada

[Copy link]
Post time 31-10-2022 07:33 PM | Show all posts |Read mode
Benteng Selangor FC perlu sentiasa waspada


AKSI pemain Selangor (jersi hijau) ketika menentang KUFC di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu pada 26 Oktober lalu. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR



Kuala Lumpur: Benteng pertahanan Selangor FC diingatkan sentiasa berwaspada terutama menghadapi serangan balas penyerang Kelantan United FC (KUFC) pada aksi timbal balik pusingan 16 saingan Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam esok.

Pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe berkata, berdasarkan perlawanan pertama di Kota Bharu minggu lalu, didapati serangan balas Kelantan United cukup pantas dan hampir berjaya menembusi gawang Red Giants.

Katanya, walaupun skuad kendaliannya memiliki bekalan dua gol selepas menang 2-0 sebelum ini, ia belum menjamin slot ke suku akhir dan pemainnya perlu meraih kemenangan kedua di halaman sendiri nanti.

"Kalau kita lihat sebelum jaringan gol (ketika aksi pertama di Kota Bharu), memang nampak ada dua hingga tiga kali pasukan Kelantan United melakukan serangan balas begitu bahaya dan nyaris dibolosi gol.

"Jadi saya rasa kemungkinan besar Kelantan United akan menggunakan corak sama atau corak permainan berbeza kerana mereka perlu mendapatkan kemenangan.

"Saya rasa memang taktikal berbeza akan digunakan oleh jurulatih daripada Kelantan United," katanya yang pernah membimbing Kedah menjulang trofi Piala Malaysia pada 2016 sebelum dilantik sebagai pengendali skuad Harimau Malaya yang kemudiannya muncul naib juara Piala AFF pada 2018.

Cheng Hoe mengingatkan pemain agar memberi fokus sepenuhnya bermula saat wisel ditiupkan oleh pengadil agar tidak dibolosi di awal-awal permainan.

Ujarnya, ia penting bagi memastikan tahap keyakinan barisan pemain tidak terjejas pada aksi kedua itu nanti.

"Disamping perlu lebih (fokus) dari segi hantaran dan agresif, kami tidak boleh dibolosi gol awal supaya keyakinan pasukan tidak terjejas," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lu-sentiasa-waspada

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.035556 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list