View: 414|Reply: 0
|
[Johor]
Takut duduk rumah sendiri, diganggu along cari pemilik lama
[Copy link]
|
|
GOH (kanan) bersama Pegawai Aduan, Mok Meng Haw menunjukkan nota yang diterima dari along. FOTO Omar Ahmad
Johor Bahru: Impian seorang lelaki untuk mendiami rumah sendiri dengan tenang diganggu dengan ancaman daripada konco-konco ceti haram atau along.
Mekanik, Samuel Goh Shan Nan, 31 berkata, ini kerana pemilik lama rumah yang dibelinya masih menggunakan alamat rumahnya yang terletak di Jalan Teratai, Taman Johor Jaya di sini, dalam urusan termasuk pinjaman along.
Katanya, kelmarin adalah kejadian kedua, dia menerima ugutan dengan pagar dirantai dan kunci serta meninggalkan nota tertera nama, kad pengenalan dan akaun bank milik tuan rumah lama.
"Ketika kejadian saya berada dalam rumah. Saya hanya perasan pagar dirantai dan dikunci dari luar ketika mahu keluar ke tempat kerja pada jam 11 tengah hari.
"Dengan bantuan jiran saya dapat keluar rumah. Kali pertama dulu saya juga pernah menerima nota berwarna kuning meminta bayaran hutang atas nama pemilik rumah yang lama dijelaskan pada 2018.
"Malah pada tahun 2018 juga, rumah saya pernah dilempar serpihan kaca. Saya sudah dua kali membuat laporan polis iaitu pada Februari 2018 dan Ahad lalu berhubung perkara ini," katanya ketika ditemui di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya di sini, semalam.
Jelas Goh, dia bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga terutama isterinya yang sedang hamil dua bulan.
Katanya, daripada nota yang ditinggalkan mendapati, tuan rumah lama meminjam wang dari along yang berbeza.
"Saya beli rumah itu pada 2016, dua tahun duduk di situ dapat nota pertama kali dari along. Selepas buat laporan polis dan menerangkan rumah ini bukan rumah peminjam along, mereka senyap untuk tempoh empat tahun.
"Tetapi baru-baru ini terjadi lagi kejadian sama. Saya sangat bimbang dengan keselamatan keluarga. Malah saya juga sudah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bagi memantau keselamatan.
"Saya berharap tuan rumah lama ini menukar alamat rumahnya, tolong jangan guna alamat rumah saya lagi. Saya mahu hidup dengan tenang," katanya yang tidak pernah membuat sebarang pinjaman dengan along.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-cari-pemilik-lama |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|