CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 455|Reply: 0

[Johor] ‘Nak tercabut lutut angkut air bersih’

[Copy link]
Post time 3-11-2022 01:11 PM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK mengisi air dari lori tangki yang dihantar oleh Pertubuhan Kebajikan Semangat Kerjasama di Flat Balau, Taman Rinting, Masai di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – “Macam hendak tercabut lutut dibuatnya,” keluh seorang warga emas, Harun Zain, 67, yang merupakan antara kira-kira 1,000 penduduk di Flat Balau Taman Rinting, Masai, di sini yang terpaksa mengangkut air bersih selepas terputus bekalan sejak lima hari lalu.

Harun berkata, dia yang di tingkat tiga flat empat tingkat itu terpaksa meniti kira-kira 50 anak tangga untuk turun naik kerana flat berkenaan tidak ada lif.

“Saya tinggal di tingkat tiga blok G, dengan umur saya dah 67 tahun nak angkat baldi yang berat mana larat.

“Saya terpaksa minta jiran untuk membantu saya hingga tingkat tiga, dah lima hari turun naik tangga, letih sangat macam nak tercabut lutut dibuatnya,’’ kata­nya ketika ditemui semalam.

Sehubungan itu, penduduk di situ merayu agar Syarikat Ranhill SAJ Sdn. Bhd. supaya menghantar lori tangki membawa bekalan air bersih lebih kerap agar penduduk tidak kerap berulang alik turun naik tangga flat tersebut.

Kebocoran paip air di Bandar Seri Alam, di sini sejak Khamis minggu lalu menjejaskan sehingga 300,000 penduduk khususnya di kawasan Tanjung Langsat, Plentong, Permas dan Masai.

Seorang lagi penduduk, Kamariah Mohamad, 48, berkata, sejak bekalan air paip terputus, mereka yang tinggal di flat itu terpaksa berebut kerana khuatir air tidak mencukupi untuk keluarga ma­sing-masing.

“Memang ada lori SAJ masuk ke Flat Balau untuk menghantar air kepada penduduk, tetapi ha­nya sekali sehari dan kadang kala tidak mencukupi.

“Nak buat macam mana terima sahajalah, pernah saya hanya dapat tiga baldi, ada yang berebut dapatkan air sebab tak beratur, orang lain boleh beratur ada penduduk tak beratur,’’ katanya.

Ujar seorang suri rumah, Ha­liza Sani, 48, pula, dia mengambil inisistif meletakkan baldi-­baldi di tepi jalan bagi memudahkannya dan jiran-jiran mendapatkan bekalan dari lori tangki dihantar Syarikat Ranhill SAJ Sdn. Bhd.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh dilapor berkata, kebocoran paip berlaku ketika kerja naik taraf dilakukan kontraktor dilantik Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Kerja naik taraf untuk menambah satu lagi paip baharu itu menyebabkan dua paip berukuran 1,000mm dan 1,200mm sedia ada yang sedang membekalkan air pada tekanan tinggi pecah.
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... -angkut-air-bersih/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55421 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 41606 Replies : 1607
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 99496 Replies : 4
'Tunggulah kenyataan', UMNO bantah Zafrul masuk PKR
maklukpenggoda'Tunggulah kenyataan', UMNO bant
Views : 46435 Replies : 15
Polis Indon bikin malu
maklukpenggodaPolis Indon bikin malu
Views : 78319 Replies : 33
Kenaikan harga santan dijangka berlanjutan hingga Aidilfitri - Peniaga
ultra78Kenaikan harga santan dijangka berlanjut
Views : 92461 Replies : 26
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 29561 Replies : 218
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8427 Replies : 327
Keluarga mungkin kena jual tanah bayar bil guaman kes pil kuda
maklukpenggodaKeluarga mungkin kena jual tanah bayar b
Views : 48741 Replies : 164

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.536511 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list