CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Isu kurang bekalan telur masalah Kerajaan Persekutuan'

[Copy link]
Post time 6-11-2022 06:17 PM | Show all posts |Read mode
'Isu kurang bekalan telur masalah Kerajaan Persekutuan'

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - November 6, 2022 @ 4:29pm  [email protected]






BAYAN LEPAS: Isu kekurangan bekalan telur dilihat menarik perhatian Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkempen pada program ramah mesra di Astaka Desa Mayang Bukit Gedung, hari ini.

Beliau berkata, walaupun isu telur adalah masalah Kerajaan Persekutuan tetapi Pulau Pinang tidak menghadapi kekurangan bekalan telur kerana dipimpin kerajaan PH.

"Tiga tahun silih berganti kerajaan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, kemudian Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan menteri seramai 70 orang, harga barang dan ringgit juga semakin teruk, manakala program ekonomi tidak berbangkit.

"Apabila tanya Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), mereka kata 'hidup Melayu'... hidup macam mana, telur pun tak ada.

"Nasib baik telur ada sebab Pulau Pinang adalah kerajaan PH, tetapi masalah telur ini adalah masalah Persekutuan, jangan salah faham," katanya.

Presiden PKR itu dalam ceramahnya turut bercerita sempat menikmati dua biji telur goyang yang dipesan daripada gerai sama pernah dikunjunginya lima tahun lalu.

"Tadi saya makan dua biji telur goyang, rupa-rupanya ada gambar lima tahun lalu saya makan telur goyang itu. Tempat yang sama, sedap yang sama saya tabik hormatlah," katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian mahu menjadi Perdana Menteri dan beberapa kali sudah terlepas peluang menjadi pemimpin nombor satu negara kerana menolak beberapa syarat disifatkan bercanggah dengan prinsipnya.

"Jadi kalau tanya saya, Anwar nak jadi PM (Perdana Menteri), ya lah (mahu) saya sudah terlepas beberapa kali. Depa (mereka) kecoh mana boleh macam itu, sudah janji dan tandatangan semua.

"Kalau saya nak (jadi PM), saya sudah jadi, (tetapi) saya kena lepaskan Datuk Seri Najib Razak, saya kata tidak boleh. Saya mesti jadi pemimpin yang hormat hukum," katanya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2022 06:18 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.553202 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list