CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 0

[Pulau Pinang] Johnny Musang King mahu Balik Pulau meriah sepanjang tahun

[Copy link]
Post time 8-11-2022 08:28 PM | Show all posts |Read mode
Johnny Musang King mahu Balik Pulau meriah sepanjang tahun

November 8, 2022 @ 7:18pm



Calon Bebas Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Johnny Ch'ng Ewe Gee. - Foto Zuhainy Zulkiffli



BALIK PULAU: Bangga tempat kelahirannya jadi 'port' durian dalam kalangan pelancong tempatan dan luar, anak jati Balik Pulau, Datuk Seri Johnny Ch'ng Ewe Gee mengambil keputusan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen itu dengan visi mahu kawasan itu meriah sepanjang tahun.

Johnnya, 50, atau lebih mesra disapa Johnny Musang King, berkata beliau mahu menggalakkan lagi kemeriahan kawasan itu sebagai antara daya tarikan di Pulau Pinang sepanjang tahun dan bukan hanya apabila tiba musim buah-buahan.

"Balik Pulau mempunyai banyak tarikan selain durian. Kawasan ini mempunyai tanaman pokok pala, kelapa muda dan juga pokok Akasia yang mempunyai banyak kegunaannya," katanya dan menambah bahawa sekarang adalah masa yang sesuai untuk beliau berkhidmat di Balik Pulau sekiranya dipilih pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Saya lihat pelancong hanya singgah di Balik Pulau untuk menikmati buah-buahan atau makan laksa sahaja, lepas tu kawasan ini akan jadi lenggang. Saya tidak mahu pelancong hanya singgah sekejap, tetapi mereka haruslah menikmati keindahan yang Balik Pulau tawarkan," katanya kepada Bernama.

Johnnya yang menggunakan logo Traktor bakal hadapi saingan enam penjuru di kerusi Parlimen Balik Pulau membabitkan penyandang Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Pakatan Harapan), Datuk Shah Headan Ayoob Shah (Barisan Nasional), Harris Idaham Rashid (Perikatan Nasional), Datuk Seri Sabaruddin Ahmad (Bebas) dan Ahmad Fazli Mohamad (PEJUANG).

"Saya mahu merancakkan aktiviti di Balik Pulau sebagai tarikan sepanjang tahun. Ini secara tidak langsung dapat memberi kesan limpahan kepada penduduk setempat yang sumber ekonomi mereka adalah hasil daripada pertanian dan perikanan," katanya.

Johnnya yang sudah berkhidmat secara tidak langsung kepada penduduk setempat sejak 20 tahun lalu, dan boleh dikatakan dalam seminggu akan mendapat panggilan telefon antara tiga hingga empat kali daripada mereka yang memerlukan bantuan.

"Isteri saya pula akan berkata "you lebih sibuk dari YB kenapa tak jadi YB terus? Saya menganggap itu adalah restu beliau (untuk bertanding)," katanya.

Ditanya mengapa beliau memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas, beliau memilih untuk bekerja secara individu, berbanding terikat kepada sesuatu parti yang lebih tertekan.

"Jika saya tidak boleh berkhidmat untuk seluruh Pulau Pinang, sekurang-kurangnya saya boleh berkhidmat dengan penduduk di kawasan saya," katanya.

Beliau juga menggesa anak muda di Balik Pulau tidak tergesa-gesa berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki, sebaliknya terus menetap dan bekerja bersamanya untuk memajukan kawasan itu. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.040173 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list