View: 372|Reply: 0
|
[Johor]
PRU-15: Polis Johor buka 3 lagi kertas siasatan
[Copy link]
|
|
Johor Bahru : Polis Johor buka tiga lagi kertas siasatan membabitkan kesalahan dilakukan ketika berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semalam.
Jurucakap Media PRU-15 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kertas siasatan dibuka berhubung kesalahan ketika berkempen di negeri itu adalah lima kertas siasatan.
Menurutnya, pergerakan kempen semua jentera parti bermula dengan aman dan tenang pada dua hari pertama kempen berjalan.
"Pada hari ketiga, dua kertas siasatan dibuka, manakala tiga lagi pada semalam atas beberapa kesalahan.
"Bagi semalam, tiga kes dilaporkan iaitu membabitkan dua kes perbuatan khianat di Senai, Kulai dan satu lagi kes fitnah di Ayer Hitam, Kluang.
"Kertas siasatan ini dibuka dan disiasat mengikut peruntukan undang-undang iaitu Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ibrahim, bagi tempoh 5 November hingga semalam, sebanyak 477 permit sudah diluluskan.
"PDRM Johor menasihatkan semua parti termasuk penyokong mereka agar menghormati antara satu sama lain dan tidak melakukan kerosakan seperti membakar atau mencabut poster, kain rentang dan bendera mana-mana parti politik.
"Semua parti juga diingatkan supaya tidak memasang bendera atau apa jua bahan kempen yang boleh menghalang papan tanda lalu lintas dalam tempoh masa berkempen.
"Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... agi-kertas-siasatan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|