CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRU15: DAP tak ikut PKR isytihar harta

[Copy link]
Post time 10-11-2022 04:46 PM | Show all posts |Read mode
PRU15: DAP tak ikut PKR isytihar harta

oleh    MOHD ISKANDAR OTHMAN    10 November 2022     03:41pm






Siew Fook




GEORGETOWN - DAP tidak bercadang untuk mewajibkan semua calon mereka yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengisytiharkan harta.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP tidak mempunyai polisi yang mana mewajibkan calon-calon pilihan raya perlu mengisytiharkan harta mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya dipilih sebagai kerajaan Pusat, mereka akan melakukan pengisytiharan harta seperti yang diamalkan sebelum ini.

“Kita tiada polisi (isytihar harta) sebegitu dan jika kita dipilih sebagai kerajaan sebelum kita angkat sumpah kita akan isytiharkan,” katanya ketika diminta mengulas sama ada DAP akan mengikut jejak Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang melakukan pengisytiharan harta.

Anthony ditemui ketika turun membantu kempen calon DAP Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying di Pasar Lebuh Cecil di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng.

Sementara itu dalam perkembangan lain, DAP meminta polis Perak menilai semula peraturan mendapatkan permit untuk program turun padang (walkabout) yang dikenakan terhadap semua calon di negeri itu.

Beliau berkata, peraturan itu hanya akan menyusahkan calon selain tidak termaktub dalam peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).




“Perkara (mohon permit walkabout) ini mengarut, sudah lima pilihan raya saya bertanding dan tidak ada peraturan begini.

“Permit hanya dikenakan apabila kita adakan perhimpunan atau ceramah jadi kita minta polis Perak untuk menilai semula peraturan ini," katanya.

Sebelum ini polis Perak dalam satu kenyataan menetapkan calon atau ejen untuk mendapatkan permit daripada Ketua Polis Daerah sebelum program ‘walkabout’ dijalankan di negeri itu.

Menurut kenyataan itu, sekiranya calon didapati berkempen secara terbuka tanpa permit atau gagal mematuhi syarat permit, calon atau ejen tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Subseksyen 24 (B) Akta 5.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.083996 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list