CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 397|Reply: 0

[Johor] Syazlin periang dan banyak uruskan majlis keluarga - abang

[Copy link]
Post time 12-11-2022 11:22 AM | Show all posts |Read mode

VAN jenazah yang membawa Allahyarham Syazlin Zainal keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah, hari ini dan dibawa pulang ke Kuala Lumpur untuk dikebumikan. FOTO Izz Laily Hussein

Johor Bahru: Perwatakan ceria ditunjukkan pelakon dan pempengaruh, Syazlin Zainal di media sosial selama ini termasuk beberapa hari lalu membuatkan seluruh ahli keluarganya terkejut dan tidak menyangka anak bongsu daripada lima beradik itu pergi buat selama-lamanya, semalam.

Menurut abang keduanya, Reza Zachary Zainal, 33, kali terakhir keluarga bertemu Syazlin kira-kira dua minggu lalu, malah dua hari lalu adiknya itu ada memberi ucapan hari lahir buat abang sulung mereka.

"Dia seorang periang dan memandangkan semua abang dia sudah kahwin, jadi dialah yang banyak uruskan majlis-majlis keluarga.


"Dia seorang yang penyayang dan suka main dengan anak-anak buah, buat video dengan anak-anak buah dia seperti yang dia kongsi di media sosial.

"Kami sedihlah, kira-kira dua minggu lalu ada jumpa dia. Dua hari lalu dia ucap selamat hari lahir pada abang sulung. Selalunya keluarga memang akan sambut hari lahir dia dan abang serentak," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini.

Reza berkata, Syazlin akan menyambut ulang tahun kelahiran pada 14 November ini.

Katanya, mereka sekeluarga menetap di Kuala Lumpur, namun Syazlin berada di daerah ini kerana menjalankan penggambaran.

Dia berkata, jenazah Allahyarham Syazlin dibawa pulang ke Kuala Lumpur untuk dikebumikan, selepas selesai proses bedah siasat.

"InsyaAllah kita bawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur sebab kita tiada saudara mara di sini (Johor)," katanya.

Menurut Reza, Syazlin atau nama sebenarnya Syazlin Suhaizan meminati bidang seni sejak di bangku sekolah dan menceburi bidang peragaan dan iklan sebelum bergelar pelakon.

Reza turut memohon orang ramai yang mengenali Syazlin mendoakan Allahyarham supaya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Allahyarham Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.

Allahyarham adalah anak bongsu daripada lima beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat melaporkan seorang wanita berusia 26 tahun yang juga seorang pelakon sambilan ditemui meninggal dunia selepas dipercayai jatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar di sini, jam 12.50 tengah hari semalam.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... jlis-keluarga-abang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.556599 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list