View: 372|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Lelaki ditemui tergantung di bilik
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki ditemui tergantung di biliknya dalam kejadian di sebuah rumah di Felda Jelai 3, Gemas, di sini, petang tadi. - Foto IHSAN PEMBACA
TAMPIN – Seorang lelaki ditemui tergantung di bilik oleh anak lelakinya dalam kejadian di sebuah rumah di Felda Jelai 3, Gemas, di sini, kira-kira pukul 5.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya telah menerima panggilan dari orang awam memaklumkan kejadian tersebut dan sebaik tiba di lokasi, didapati terdapat seorang lelaki tergantung di dalam bilik.
Menurutnya, lelaki berusia lingkungan 40an tersebut tergantung pada ketinggian lebih kurang lapan meter dari tiang yang telah digantung tali dengan lantai.
“Lelaki berkenaan telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Klinik Kesihatan (KK) Gemencheh yang tiba di lokasi kejadian.
“Pemeriksaan bahagian luaran tubuh si mati tersebut didapati tiada unsur jenayah. Mayat telah di hantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Tampin untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Annuwal berkata, siasatan awal melalui rakaman percakapan saksi iaitu anak dan isteri menyatakan si mati tidak bekerja dan mengalami masalah kewangan.
“Kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... ergantung-di-bilik/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|