CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 398|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pelancong Amerika Selatan bawa bagasi mengandungi kepingan dadah ‘black cocaine’

[Copy link]
Post time 14-11-2022 02:27 PM | Show all posts |Read mode

SAZALI Mohammed (kiri) menunjukkan kepingan getah hitam mengandungi dadah black cocaine yang diletakkan dalam dua bagasi seorang wanita Amerika Selatan.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAAMIN.


SEREMBAN: Seorang wanita dari Amerika Selatan ditahan selepas dikesan membawa dua beg bagasi mengandungi kepingan dadah berbahaya jenis black cocaine bernilai RM1.34 juta untuk tujuan pasaran di Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Sazali Mohammed berkata, bertindak atas maklumat suspek yang diperdayakan oleh sindiket antarabangsa sebagai ‘keldai dadah’  itu ditahan pada pukul 4 petang, 6 November lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sazali berkata, modus operandi sindiket adalah dengan cara mencampurkan kokain biasa dengan bahan kimia lain menggunakan teknik mould injection untuk menghasilkan satu kepingan getah hitam yang dijadikan pelapik bagasi bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Melalui semakan penerbangan, suspek menaiki sebuah pesawat milik penerbangan luar negara yang berlepas dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke KLIA pada 6 November menggunakan pas pelancong.

“Hasil pemeriksaan rapi ke atas dua bagasi beg dibawa suspek telah menemui dua kepingan getah berwarna hitam yang disembunyikan di bahagian dalam beg bagasi tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kampung Jijan, Nilai di sini hari ini.

Menurut Sazali, kandungan kepingan tersebut disyaki mengandungi dadah ‘black cocaine’ dengan anggaran berat kasar 6.7 kilogram yang bernilai RM1.34 juta.

“Campuran bahagian kimia ini adalah bagi meneutralkan bau dadah jenis kokain tersebut untuk memastikan anjing pengesan tidak dapat menghidu atau mengesan kandungan dadah itu.

“Ini merupakan modus operandi yang pertama kali dikesan dibawa masuk ke negara ini di mana kepingan hitam mengandungi black cocaine itu akan diekstrakkan untuk menjadi serbuk dadah,” katanya.

Jelas Sazali, siasatan mendapati suspek yang berusia 39 tahun baru pertama kali masuk ke Malaysia dan dibayar upah lebih AS$500 (RM2,000) oleh pihak sindiket yang dipercayai memperoleh bekalan dadah dari Amerika Selatan.

“Suspek telah membuat tempahan hotel selama 10 hari dan mendakwa datang untuk melancong di Malaysia. Modus operandi itu sukar dikesan dan kegiatan sindiket berjaya ditumpaskan hasil risikan pihak JKDM,” katanya

Beliau berkata, suspek telah direman selama 11 hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana jika sabit kesalahan akan dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, tidak kurang 15 sebatan sekiranya dihukum mati.-UTUSAN.


https://www.utusan.com.my/berita ... adah-black-cocaine/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.352962 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list