CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 499|Reply: 0

[Johor] Pengalaman hadapi banjir 40 tahun buat pesara bersedia

[Copy link]
Post time 14-11-2022 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Pontian: Sudah berhadapan dengan banjir sejak 1980 membuatkan seorang warga emas di Kampung Sri Gambut, di sini, bukan sahaja lali malah sudah bersiap sedia melakukan persiapan sekiranya bencana tersebut menjadi lebih buruk.

Pesara Ramin Kassim, 71, berkata segala barang berharga seperti barangan elektronik dan perabot telah diletakkan di tempat selamat di sudut rumah pusaka itu.

"Setiap tahun memang akan banjir tapi kalau dulu tidak sampai tahap perlu pindah ke PPS (pusat pemindahan sementara) tapi sekarang memang air sampai ke paras pinggang dan tidak selamat diduduki.

"Tahun ini sahaja dah masuk kali ketiga banjir, kalau mahu pindah pun ke mana saya mahu tinggal, inilah rumah saya lagipun ini rumah pusaka yang menjadi tanggungjawab untuk dijaga," katanya ketika ditemui di kawasan rumahnya hari ini.

Ramin berkata pendapatan sampingan sebagai penoreh getah juga terjejas memandangkan kejadian banjir yang berulang dua kali dalam tempoh sebulan.

"Mujur saya ada wang pencen, kalau bergantung sepenuhnya dengan pendapatan menoreh getah memang hilang sumber pendapatan," katanya yang berharap pihak berkuasa menaik taraf sistem perparitan dan inisiatif lain untuk mengatasi situasi itu.

Turut mengalami nasib serupa suri rumah Marwiah Jamin, 66, yang sudah lelah menghadapi situasi tersebut memandangkan usia yang semakin lanjut dan tahap kesihatan yang makin merosot.

"Bila dah semakin tua, lutut pun sakit. Memang seksa rasanya nak pindah dan bersihkan rumah selepas banjir surut berkali-kali dalam setahun, " katanya ketika ditemui di PPS di Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pekan Nenas di sini.

Seramai 17 mangsa membabitkan empat keluarga ditempatkan di PPS itu susulan banjir yang melanda di kawasan itu bermula petang semalam.

Tinjauan di Kampung Sri Gambut hari ini mendapati empat rumah yang terletak berdekatan sungai masih digenangi air sehingga 0.5 meter dan keadaan cuaca mendung.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uat-pesara-bersedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.047046 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list