Edited by JoyahMengayah at 23-11-2023 02:29 PM
KUALA LUMPUR: Dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri setahun lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikrar menyelesaikan masalah membelenggu rakyat termasuk akibat kenaikan kos hidup, selain menekankan tata kelola baik dalam pentadbirannya dengan melawan kebobrokan nilai dan kebejatan rasuah.
Walhasil selepas setahun berlalu, Anwar bersama barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan dilihat membuat kemajuan ketara dalam mendepani pelbagai cabaran dalam negara serta di peringkat global untuk membawa Malaysia kembali ke landasan menuju sebuah negara maju.
Malah ketika membicarakan soal rakyat, pemimpin berusia 76 tahun itu tegas dengan pendiriannya yang sering meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan selaras dengan matlamat kerajaan pimpinannya untuk menoktahkan kemiskinan tegar.
Antara langkah pertama dilakukan Anwar selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov 2022, mengumumkan untuk menolak gaji bagi jawatan itu, selain mengesahkan jemaah menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan sehingga ekonomi pulih.
Satu persidangan Majlis Raja-Raja akan diadakan di Istana Negara, Khamis (24 November 2022) bagi menyelesaikan isu pelantikan Perdana Menteri Malaysia Kesepuluh, demi kepentingan negara dan rakyat.
Dalam kenyataan dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin petang ini (23 November 2022), beliau berkata perbincangan khas Raja-Raja Melayu ini bertujuan supaya Yang di-Pertuan Agong mendapatkan pandangan sebelum membuat keputusan itu.
“Adalah dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan menerima menghadap wakil-wakil Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak secara berasingan di Istana Negara pagi tadi
“Sesi menghadap itu diadakan lanjutan daripada sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional secara berasingan bermula pada jam 4.30 petang semalam,” katanya.
Ahmad Fadil berkata sesi menghadap ketua-ketua gabungan itu adalah hasil daripada pengesahan calon Perdana Menteri yang telah dimaklumkan oleh ketua parti-parti dan ketua gabungan kepada Istana Negara semalam, didapati tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesepuluh.
https://www.agendadaily.com/politik/pelantikan-pm-majlis-raja-raja-mesyuarat-esok/
|