View: 349|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
'Arwah adalah peneman ibu di rumah...'
[Copy link]
|
|
AHLI keluarga menguruskan jenazah Aqilah di Hospital Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria.
Port Dickson: "Saya tidak tahu anak saya pergi Port Dickson sehingga mendapat panggilan mengatakan Aqilah kemalangan," kata bapa arwah, Rafli, 52, ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Port Dickson hari ini.
Katanya, anaknya, Aqilah Aisyah Rafli, 14, adalah anak bongsu dari lima beradik dan jarang keluar dari rumah mereka di Gombak, Selangor.
"Arwah anak bongsu dan mungkin dia bosan tinggal di rumah lalu mengikut kawannya beriadah menaiki motosikal hingga ke Port Dickson.
"Dia bersekolah di tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gombak dan dia menjadi peneman ibunya di rumah," katanya.
Rafli berkata, dia dimaklumkan arwah anaknya membonceng motosikal bersama rakan lelakinya berusia 19 tahun sebelum terbabas melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Kilometer 14.3 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson menghala Seremban malam tadi sekitar jam 9.30 malam.
"Saya dimaklumkan rakan arwah berkenaan kemalangan ini dan bergegas ke Hospital Port Dickson sebelum dimaklumkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakan lelakinya yang menunggang motosikal meninggal di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.
"Saya reda dengan kejadian yang menimpa arwah dan jenazah anaknya itu akan di bawa balik untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gombak," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dua remaja yang maut itu adalah antara kumpulan konvoi bermotosikal membabitkan 50 buah.
Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eneman-ibu-di-rumah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|