CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Adat Perpatih akan terus diperkasa - MB

[Copy link]
Post time 28-11-2022 12:56 PM | Show all posts |Read mode

DATUK Seri Aminuddin Harun (tiga dari kanan) berkata sesuatu dengan pemimpin luak pada Seminar Antarabangsa Adat Perpatih di Seremban. FOTO ihsanPejabat MB

Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan akan terus memainkan peranan proaktif dalam usaha memperkasakan lagi adat Perpatih, sebagai identiti masyarakat negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata, selain menyediakan inisiatif khas iaitu dana memperkasa adat Perpatih, usaha lain termasuk melaksanakan projek pemuliharaan rumah dan bangunan Warisan.

Katanya, beberapa bangunan dan rumah yang sudah dipulihara di bawah inisiatif khas berkenaan termasuk Masjid Warisan Kampung Terusan dan Masjid Warisan Kuala Serdang di Kuala Pilah.

"Sementara, rumah yang sudah dipulihara ialah Rumah Warisan Puan Norami Kampung Semerbok Rembau, Rumah Warisan Puan Norlida Idris Kuala Pilah dan Rumah Warisan Puan Jalilah Buang di Jelebu.

"Kerajaan negeri juga akan membina Dataran Adat Perpatih di perkarangan Muzium Negeri Sembilan di Seremban, sebagai medan untuk mengadakan pelbagai aktiviti berkaitan adat yang diwarisi turun temurun itu.

"Dataran bernilai RM1 juta itu juga bakal menjadi tempat untuk mengumpulkan ahli sejarah, masyarakat adat dan pencinta wacana adat berkenaan," katanya selepas Seminar Antarabangsa Nusantara Adat Perpatih 2022, di sini.

Seminar anjuran Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) itu membabitkan penyertaan pemimpin adat daripada Negeri Sembilan dan Sumatera Barat, Indonesia.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali Ab Malek dan Pengarah LMNS, Drs Shamsuddin Ahmad.

Aminuddin berkata, kerajaan negeri juga sudah bercadang menganjurkan Perpatih Fest 2023 bagi mempromosikan keunikan adat Perpatih terutamanya kepada generasi muda.

Beliau berkata, walaupun berasal dari Minangkabau tetapi adat Perpatih sudah diasimilasi dengan budaya Melayu dan menjadi adat asal di Negeri Sembilan.

"Segala usaha ini dilaksanakan bagi memelihara serta meraikan keunikan adat Perpatih dalam kalangan masyarakat di negeri ini," katanya

Dalam pada itu, Aminuddin berharap pemimpin luak dan persatuan sejarah negeri dapat menjalin kerjasama dalam bidang berkaitan terutama kesan sejarah, sebagai usaha untuk memperkayakan lagi warisan bersejarah itu.

"Banyak tapak sejarah, tokoh adat, ulama, bangunan termasuk rumah tradisional, cerita rakyat luak, sejarah luak, laluan sejarah dan sebagainya perlu dikaji agar tidak tenggelam pada masa akan datang.

"Ini kerana sesuatu yang amat berharga itu, apabila hilang akan sukar untuk dicari semula dan yang cicir tidak akan dapat dipungut semula," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -terus-diperkasa-mb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by batu kikir at 28-11-2022 01:39 PM

Ini esei suko oghang Nogori jadi MB.  Tahu adat tahu budayo
Ni Isa Samad (orang Melako PD)  dan Tok Mat  (orang Bugis ngaku dudok Ghombau).....dijadikan MB... apo yg dia tahu.
Lopeh ni jangan lah orang luar dari Nogori dijadikan MB.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.886097 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list