CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Johor] Mangsa kemalangan adalah rakan sekerja - Polis

[Copy link]
Post time 29-11-2022 10:54 AM | Show all posts |Read mode

LAPORAN Harian Metro sebelum ini.

Kluang:Tiga rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van di kilometer (KM) 15, Jalan Kluang - Teck Wah Hing, di sini petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, ketiga-tiga mangsa termasuk seorang lagi yang cedera dalam perjalanan dari Kluang ke Renggam.

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati sebuah van dari arah Renggam menghala ke Kluang.


"Manakala Proton Wira dinaiki mangsa dari arah bertentangan. Apabila sampai di tempat kejadian, Proton Wira disyaki hilang kawalan dan masuk laluan van lalu berlanggar.

"Akibat dari perlanggaran itu, pemandu dan penumpang belakang Proton Wira mengalami kecederaan yang teruk dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Manakala penumpang hadapan Proton Wira meninggal dunia di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, (HEBHK) Kluang," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Muhammad Haziq Haiqal Mohd Faizal, 20, iaitu pemandu kereta maut akibat parah di bahagian kepala.

"Penumpang hadapan, Ariffudin Khairum Ab Ghafar, 21, yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di HEBHK semasa menerima rawatan.

"Penumpang belakang iaitu Muhammad Khairil Rosli, 17, yang parah di bahagian kepala turut meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, penumpang belakang iaitu Muhd Haziq Kamarul Azhar, 17, kini sedang menerima rawatan di zon kuning hospital yang sama akibat patah kaki kiri.

"Pemandu van berusia 43 tahun bersama isterinya berusia 42 dan dua anak mereka masing-masing berusia 15 dan 11 tahun cedera dan menerima rawatan di HEBHK.

"Pemandu dan semua penumpang Proton Wira bekerja sebagai tukang gunting rambut di Kluang," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, media melaporkan tiga maut manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Proton Wira dengan sebuah van di Jalan Sungai Sayong, Simpang Renggam di sini lewat petang tadi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rakan-sekerja-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.229756 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list