View: 377|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Meter TNB diusik, NS rugi RM93 juta
[Copy link]
|
|
- Foto hiasan
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan merekodkan kerugian lebih RM93 juta akibat kegiatan pihak tidak bertanggungjawab mengusik pemasangan meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong, berkata 8,748 kes direkodkan bermula 2018 sehingga Oktober tahun ini.
"Seremban merekodkan 5,986 kes dengan jumlah kerugian RM71.2 juta, diikuti Port Dickson 1,342 kes membabitkan kerugian RM13.8 juta.
"Ini disusuli daerah Jempol dengan 536 kes (RM3.39 juta), Tampin 412 (RM1.92 juta), Kuala Pilah 277 kes (RM1.47 juta), Rembau 178 kes (RM847,464) dan Jelebu 17 kes (RM298,868)," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Chew Seh Yong (PH-Lobak) mengenai kes kecurian air dan elektrik di negeri ini pada Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-14 di sini, hari ini.
Daripada jumlah kes yang direkodkan, Kok Seong berkata, sebanyak 423 kes dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.
Beliau turut memaklumkan sebanyak 1,771 kes kecurian air direkodkan dan diambil tindakan dari 2018 sehingga 2022 dengan kerugian dianggar RM3 juta.
"Sebanyak 20 kes curi air didakwa di mahkamah dan dikompaun oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sejak 2015 sehingga tahun ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... k-ns-rugi-rm93-juta |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|