View: 450|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Penuntut universiti didakwa rogol dua remaja bawah umur
[Copy link]
|
|
Seremban: Penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, atas lima pertuduhan merogol dua remaja perempuan bawah umur, dari Mac hingga Jun lalu.
Tertuduh yang kini berusia 18 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Mengikut pertuduhan satu hingga tiga, tertuduh telah melakukan kesalahan merogol seorang remaja berusia 16 tahun.
Kesalahan dilakukan dari Mei hingga Jun lalu di tiga lokasi berbeza di kawasan sebuah sekolah menengah, dekat Sikamat, di sini.
Bagi pertuduhan keempat dan kelima, tertuduh telah melakukan perbuatan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun.
Kesalahan dilakukan pada Mac dan Mei lalu di dua lokasi berbeza di sekolah sama.
Justeru, bagi semua pertuduhan, tertuduh melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan.
Pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.
Tertuduh tidak diwakili peguam, namun ibunya yang akan membayar wang ikat jamin tampil membuat rayuan kepada mahkamah sebelum Surita membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 bagi semua pertuduhan.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan perlu melaporkan diri di balai polis terdekat, sebulan sekali.
Sebutan semula kes pada 4 Januari 2023.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-remaja-bawah-umur |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|